Drama rantaian popular, Sweet Dreams yang menampilkan Mira Filzah dan Ben Amir sebagai pendukung utamanya nyata meninggalkan kesan buat pencinta drama tempatan setakat ini.
Mengetengahkan kisah cinta tak terduga seorang gadis bisu berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Putri.
Lebih menghiburkan, Putri turut digambarkan sebagai wanita yang kelam-kabut hingga digelar Miss Clumsy.
Lalu awal semalam menerusi Instagram, Mira ada berkongsi pautan video sedutan episod kelima drama arahan Michael Ang itu daripada Instagram @fammythawkhairi.
“Ahahahha, “Halal Bag”! 🤟🏻 There’s always a way kan? ❤️ @benamirr. Everytime. Rasa nak pecah jantung kita waaaaaakkkk! Dengan lagu kite lagi diletaknye. Lagi cepat la sis mati sakit jantung.
“Presenting, The Halal Bag. Purpose kewujudan dia adalah menjadi the halal gap. I die!,” tulis @fammythawkhairi.
Lalu di ruangan komen, rata-rata peminat membayangkan babak tersebut sebagai suatu adegan yang ‘paling bersemut’ dan romantis.
Ads
Ads
Sweet Dreams yang bersiaran menerusi slot MegaDrama di Astro Ria dan Ria HD turut dibarisi pelakon lain seperti Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman dan ramai lagi.
Foto: Instagram Ben Amer, Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh TikTok, Ubai tidak menafikan dirinya sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi, Shila Amzah sejak tahun lalu.
Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, dia mula berkawan rapat dengan Shila selepas penyanyi itu melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya.
“Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014.
“Namun sejak tahun lepas hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya (bercerai).
“Sebagai kawan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disampingnya saat dia memerlukan peneman untuk meluahkan segala ujian yang dilalui.
“Tak sangka hubungan itu lama-kelamaan menjadi semakin serius dan semalam dia berkongsi mengenai hubungan kami ketika siaran langsung di TikTok,” katanya.
Shila sebelum ini pada sesi siaran langsung di TikTok turut berkongsi mengenai hal berkaitan.
“Kami memang tidak berniat nak bercerita mengenai hubungan kami semalam. Tapi entah macam mana, tiba-tiba Shila berkongsi mengenai perkenalan dan status hubungan kami.
“Sebenarnya siaran langsung itu dibuat sekadar suka-suka saja sementara tunggu Shila bersiap untuk keluar bermain badminton bersama.
“Walaupun semalam saya tak banyak cakap tapi dia adalah teman istimewa saya dan kami selesa berkawan. Malah kami banyak berkongsi persamaan.
“Buat masa ini, saya belum membawa Shila bertemu ahli keluarga lagi, tapi Alhamdulillah famili saya okey dengan perhubungan ini,” katanya.
Semalam Shila dan Ubai mendedahkan mengenai status hubungan dan perkenalan mereka yang selama ini menjadi teka-teki.
Malah menerusi siaran langsung itu, Shila beberapa kali dilihat memanggil Ubai dengan panggilan sayang.
Untuk rekod, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Lisdawati mengakui dia sudah banyak membuang atau membakar foto-foto lamanya.
Malah, Lisdawati atau nama penuhnya, Nisdawati Nazaruddin, 42, turut mendedahkan, dia turut memohon maaf seterusnya meminta peminat agar tidak menyiarkan gambar lamanya.
Katanya, kalau mahu simpan, ‘conteng’ sikit mana yang perlu. Perkara itu dikongsikan bintang KL Menjerit ini menerusi satu posting terkininya di Instagram pada Ahad.
“Byk dah gambar gambar lama yg sy dah buang dan bakar. Tiba2 terkeluar keratan ni.. Masih ada lagi yg terselit.
“Teringat pada beberapa peminat yg paparkan trowback gambar lama sy. Sy mohon maaf sgt2 dan minta tidak disiarkan gambar sy yg lama. Kalau nak simpan pun jom kita jaga sesama kita. Conteng sikit mana yg perlu.
“Kalau MAMPU nak jer sy delete semua gambar dan video sy yg jahil dulu,” katanya.
Pada masa sama, dia juga turut berdoa agar cerita lamanya juga tidak disiarkan.
“Hari2 berdoa supaya cerita lama sy tak disiarkan. Semoga Allah Swt terima Taubat sy. Maaf sekali lagi atas kesalahan sy pada semua,” tulis pelakon ini lagi.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, posting tersebut menerima reaksi pelbagai peminat.
Foto: Instagram Lisdawati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mungkin ramai yang tidak tahu, penyanyi Mohd Mentor atau nama sebenarnya, Mohd Izwan Mohd Nor, 34, mempunyai isteri cantik yang dikahwini hampir lima tahun lalu.
Malah, ada yang mengaitkan wajah isterinya, Nurul Asyiqin Zaidi, 28, mirip pelakon Nora Danish dan Mohd mendedahkan, orang rumahnya itu pernah menerima tawaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi.
“Sebelum ini dia ada tawaran dari pihak produksi untuk hadiri uji bakat, nak ambil berlakon. Cuma isteri sendiri tak berapa minat untuk terjun dalam industri. Tambahan pula saya sendiri tidaklah menggalakkan.
“Bimbang nanti tiada masa untuk keluarga, soal urus anak, biarkan pengasuh yang jaga dan sebagainya. Kisahnya ketika kami makan di kawasan pejabat, tiba-tiba ada individu menyapa dan tanya dia sama ada minat berlakon atau sebaliknya,” kata Mohd.
Ditanya sekiranya isterinya turut menerima tempias perhatian wargamaya selepas ini, Mohdbagaimanapun, beri izin untuk Asyiqin terus aktif di media sosial.
Malah, isterinya itu turut mempunyai ramai pengikut di TikTok.
“Isteri bekerja di syarikat swasta. Kalau viral (yang baik-baik) melibatkan isteri, saya okay saja. Ini semua rezeki… kita pun tak tahu. Mana tahu disebabkan itu dia boleh jana pendapatan sampingan dengan lakukan ‘paid review’ juga kan?
“Soal berkongsikan aktiviti isteri dan keluarga di media sosial pula, Instagram saya tidaklah ramai pengikut. Jadi saya tidak kisah, okay saja. Buat apa nak sorok-sorok.
“Cuma kalau mahu bekerja secara berlebihan dalam industri seni itu rasanya tidaklah,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran restoran miliknya, Nasi Lemak Puakez di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.
Mohd mendirikan rumah tangga Nurul Asyiqin pada 14 Oktober 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata,Mohd Izz Rafael Mohd Izwan, tiga tahun.
Mengulas lanjut, juara Mentor musim keempat ini tidak menafikan tarikan tersendiri Nasi Lemak Puakez diharap dapat menarik minat pelanggan kawasan sekitar untuk mencuba hidangan yang ditawarkan.
“Bagi saya tarikan Nasi Lemak Puakez ini adalah sambal goreng dia. Saya sendiri pun suka dan ia jadi menu utama yang disediakan bersama Nasi Kukus. Pada masa sama kita juga ada menyediakan lain-lain lauk seperti kambing dan ayam panggang.
“Kiranya sajian tradisional kita adunkan bersama hidangan moden. Saya usahakan ia bersama rakan kongsi yang juga komposer, Iswandi. Alhamdulillah kita sudah ada dua cawangan.
“Yang pertama dibuka di Bemban, Melaka sejak tahun 2016. Syukur sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
“Jujurnya kami rancang untuk buka cawangan di Setapak ini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, bagaimanapun kami ambil keputusan untuk menunggu sehingga semuanya baik, baru berani untuk buka,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!