Baru-baru ini tular mengenai kononnya pelakon hebat yang terkenal menerusi drama Cinderella, Haliza Misbun, telah bercium dengan pelakon baru, Ben Amir untuk drama Semusim Rindu ketika babak peluk ibu dan anak.

MH Online turut menerima e-mel dan lampiran video tersebut.  Namun apabila ditonton secara teliti, tiada sebarang babak yang intim seperti mana yang digembar-gemburkan.

Dalam satu temu bual bersama BH Online, Haliza berkata dia tidak faham apa tujuan video terbabit disebarkan dan sebagai pelakon berpengalaman, dia tidak perlukan kontroversi merapu seperti itu.

“Saya sendiri sudah menempuh pengalaman serupa sewaktu berlakon dalam drama bersiri Cinderella, yang menjadi fenomena pada 1998.

 

“Jadi, selepas 20 tahun, anda rasa saya perlu berdepan dengan perkara merapu seperti ini?

 

“Ia sebenarnya antara babak dalam drama Semusim Rindu membabitkan saya dan Ben melakonkan babak peluk sebagai seorang ibu dan anak,” tegasnya.

Tambahnya lagi, sekiranya video berkenaan menjadi isu berikutan hanya ingin melariskan drama berkenaan, semua itu adalah terlalu cliche dan memualkan.

Ads

 

Ads

 

Sumber : BH Online

Ads

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI