Sedang MH meninjau-ninjau laman Instagram, mata terhenti pada satu gambar yang dikongsi oleh selebriti, Fynn Jamal. Gambar tersebut menunjukkan seekor babi di dalam masjid.
Terkejut MH melihat gambar tersebut dan menerusi ruang kapsyen pula, Fynn telah menceritakan pengalamannya semasa di asrama dahulu di mana dia sering mendengar kisah tentang haiwan itu kerana kawasan asramanya berdekatan dengan hutan.
Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian MH adalah ayat Fynn di kapsyen menyatakan, haiwan ini pun boleh singgah masjid tapi bagaimana pula dengan manusia.
“lokasi kat sg buloh. sebab— tak pasti. tapi secara asasnya: babi masuk masjid.
“isu dia kena tembak itu bagi aku bukan besar sgt. sbb aku dok asrama yg terperuk celah hutan. so biasa dgr pasal kemalangan2 teruk kerananya. cikgu aku salah seorang mangsa. bukan macam kena gigit lipan, beb. severe. sbb babi hutan kalau dah charge kau— waalaikumussalam lah.
“apa pun, buat aku merenung gak aa.
“babi pun boleh singgah masjid, der. kita ni peciter,” tulisnya di ruang kapsyen.
Nampaknya perkongsian Fynn ini telah mencuri perhatian netizen dan rata-ratanya juga merasakan gambar ini harus diambil sebagai iktibar buat kita semua untuk dekatkan diri dengan ALLAH SWT dan pergi ke masjid.
shahesfahan: Mingg ni cuba kita ingat balik…dari kambing nak drive keta kancil, gajah masuk sekolah, lembu nak gi shopping bawak satu team dan babi masuk masjid……tak rasa ker macam ada satu message untuk kita renung…dunia dah jadi terbalik…..ini pesanan ni…..sound sentap punya sila ambil ikhtibar
princess_chinta: Anggap la teguran dari Allah utk kita yg slalu lalai ?
emardyns: Beza manusia gn babi.. Babi klw sesat msok msjid, mnusia klw sesat lupa msjid..??
Sumber: Instagram Fynn Jamal