Penyanyi asal lagu Asmaradana, Puan Sri Tiara Jacquelina menyatakan rasa kagum dan terharunya apabila peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Wann berjaya menyempurnakan lagu tersebut dengan baik mengikut caranya sendiri.
Bintang yang sinonim menerusi watak Gusti Puteri menerusi naskhah Puteri Gunung Ledang itu turut merakamkan rasa bangga apabila lagu tersebut kekal menjadi siulan meski sudah 15 tahun ia dilancarkan.
Perkara tersebut dikongsikan Tiara menerusi beberapa postingnya di Instgram.
“Proud of her, she do it so well. Anda lakukan mengikut cara tersendiri,” kata Tiara buat Wann.
Sementara itu, bintang senior berkenaan ketika ditemui media tidak menafikan rasa gementar untuk mempersembahkan lagu tersebut, sementelah terpaksa mengharap bait lirik ‘mantera’ pada awal lagu.
“Kalau nak diikutkan, saya memang terlalu rasa gementar apabila membuat persembahan, bukan bila di GV6 sahaja. Cuma saya ingat kata-kata biduanita Sharifah Aini.
Katanya adalah lebih baik untuk rasa sedikit gementar ketika mahu membuat persembahan. Malah, saya awalnya pun tak tahu penyanyi asal akan datang.
“Bila ternampak Puan Sri Tiara, lagi lah rasa gementar dan selepas awal lagu, saya cuba untuk kawal rasa gementar dan buat sehabis baik,” katanya.
Mengakui ada yang meragui kredibilitinya untuk membawakan lagu berkenaan di dalam tema ‘Aneh-Aneh’ pada minggu ketika konsert Wann tidak melatah.
Sebaliknya, dia hanya menyanyi dan cuba mengikut ‘arus’ lagu dengan caranya sendiri, tidak mahu dibayangi penyanyi asal.
“Sukar untuk saya gambarkan. Jujurnya saya memang suka menyanyi. Dengar apa sahaja lagu, saya akan suka. Jadi bila dapat peluang membuat persembahan bersama iringan muzik secara langsung, semangat menyanyi itu kian kuat.
“Itulah yang terjadi bila saya sampaikan Bosanova di minggu pertawa. Dengar saja muzik, ia terus meresap dalam jiwa. Saya hanya mahu menyanyi. Itulah perasaannya apabila membuat persembahan” jelasnya lagi.
GV6 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dipancarkan secara langsung di Astro Ria dan Ria HD dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), semalam.
Naqiu diangkat sebagai peserta yang paling baik persembahannya oleh juri profesional sementara Ameer Sofazr diumumkan sebagai peserta tersingkir.
Vokalis kumpulan Sofazr itu mengumpul markah sebanyak 54 peratus.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI