‘Baby Bump’ Ardell Jelas Kelihatan, Nadzmi Adhwa Sakat Isteri Dengan Panggilan Kakak, “Say Hi To Kakak.”

Share

Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pelakon Ardell Aryana kini dilihat semakin berseri apabila ‘baby bump’ mulai kelihatan.

Difahamkan, usia kandungannya kini sudah mencecah lebih lima bulan.

Perkara itu dikongsikan Nadzmi Adhwa,28, apabila merakam foto bersama dan menyakat isterinya dengan panggilan ‘kakak’ kerana perbezaan jarak umur dua tahun.

“Bawak kakak beli petai jap. Say hi to kakak,” tulisnya.

Sekali gus, Ardell atau nama lengkapnya  Nurul Hidayah Mohd Amin telah memberikan respon.

“Ye dik Wawa , cuba beli jiwa akak ke ? Bodek tak adik x jadi sila cuba lain bulan,” balasnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberi respon terhadap perubahan fizikal bintang berusia 30 tahun itu.

Terdahulu, Ardell dan suaminya yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu.

Foto: Instagram Nadzmi Adhwa

Published by
MH