Selepas berkongsi berita gembira mengenai kehamilan sulungnya yang kini mencecah usia empat bulan, pelakon Datin Atikah Suhaime menerima titipan kata positif daripada warganet.
Malah, tidak kurang yang mendoakan agar urusan bintang asal Singapura berusia 33 tahun itu dipermudahkan bersama suami, Datuk Lokman Teh.
Perkara tersebut dapat dilihat menerusi ruang komen di hantaran terbaharunya di Instagram yang memaparkan beberapa foto kandid Atikah yang memperlihatkan ‘baby bump’ yang sudah jelas kelihatan.
“Ni yang selalu mukbang kan…Hope mummy and baby sihat selalu.”
“Makin berseri-serilah mommy to be ni.”
“Baby bump dah nampak sangat, comel. Lagi ni mengidam makan apa lagi?”
“Baby tarik seri awak ni…hehehe. Mesti comel baby nanti.”
“Dia benar-benar menjadi isteri yang baik, alhamdullilah…”
Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun menerima lebih 23,000 tanda suka.
Terdahulu memetika laporan media, Atikah menjelaskan dia sebenarnya merancang untuk mengumumkan kehamilan secara rasmi pada bulan depan dan sebelum ini
memilih untuk menyembunyikan berita kehamilan kerana bimbang akan mendapat kecaman.Dia bagaimanapun berterima kasih dan bersyukur kerana pengikut di media sosial rata-rata mendoakan yang baik-baik buatnya.
Dia pada masa sama bersyukur apabila alahan yang dialami sebelum ini sudah berkurangan.
“Sebelum ini saya mengalami alahan yang teruk seperti muntah-muntah dan sakit kepala. Saya rasa cepat penat dan nafas tercungap-cungap.
“Kini alhamdulillah semua itu sudah semakin berkurangan, cuma saya masih tidak tahan dengan bau bawang,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Datuk Lokman pada 21 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini