
Aktor Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding berkongsi berita gembira buat para peminatnya di seluruh dunia apabila isterinya, Liv Lo kini sedang hamil anak pertama mereka.
Perkara tersebut dikongsikan bintang ini menerusi entri di akaun Instagram baru-baru ini.
Dalam perkongsian itu, Henry berkongsi foto bersama isterinya yang sudah jelas dengan ‘baby bump’.
“2021 is already looking brighter,” tulisnya sambil disertakan dengan emoji hati dan kanak-kanak pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para pengikut Henry di platform sama turut tumpanv gembira seterusnya merakamkan ucapan tahniah atas buatnya suami isteri.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga kira-kira empat tahun lalu di Sarawak.
Selain aktif dalam bidang kecergasan, Liv Lo juga merupakan seorang pengacara di stesen televisyen Taiwan.
Foto: Instagram Liv Golding
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tidak Perlu Menjatuhkan Orang Lain Untuk Menaikkan Diri Sendiri,” – Finalis WYB, Theebaan G Kongsi Kata Nasihat

Pelakon dan juga finalis rancangan Maskulin Who’s Your Bro (WYB), Theebaan G atau nama sebenarnya Theebaan Govindasamy berkongsi nasihat tentang sikap manusia yang suka menjatuhkan orang lain.
Dalam perkongsian yang dimuat naik menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, dia yang juga pelakon popular menerusi filem Paskal berbicara tentang hal itu panjang lebar.
“Bina sebuah komuniti yang mendorong kerja keras. Di atas segalanya, bina sebuah komuniti yang mampu berfikir secara kritis dan bertindak dengan sewajarnya ketika bergerak menuju matlamat bersama,” kongsi jejaka berusia 35 tahun ini.
Terangnya lagi, seharusnya untuk mencapai matlamat, sesuatu komuniti patut memberi maklum balas yang membina dan fokus kepada matlamat akhir dan bukannya bersikap memperlekahkan orang lain.
“Sebuah komuniti yang mampu memberi maklum balas yang membina, mengutamakan kemajuan di atas segala-galanya. Adalah mudah untuk mentertawakan usaha orang lain.
“Namun, tidak perlu menjatuhkan orang lain hanya untuk menaikkan diri sendiri. Kita mempengaruhi generasi muda yang akan datang. Bercakaplah dengan penuh tanggungjawab,” kongsinya lagi.
Dalam hantaran tersebut, rakan finalis lain seperti Chee Wai Leong turut memberi rekasi dan berkongsi, “Kita belajar daripada satu sama lain dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik bersama. Perkongsian yang bermanfaat!”
Perkongsian Theebaan bukan sekadar perkongsian biasa, namun ia mampu memberikan inspirasi dan juga nilai positif kepada setiap yang membaca. Untuk berjaya tidak perlu ‘pijak kepala’ orang lain sebaliknya fokus kepada usaha mencapai matlamat.
Dalam perkembangan terkini, pelakon yang terkenal menerusi penampilannya dalam filem aksi ini sedang sibuk dengan penggambaran rancangan realiti fitness Maskulin Who’s Your Bro yang disiarkan di Astro Ria, setiap jumaat jam 9 malam.
Rancangan tersebut menampilkan 12 jejaka ‘gagah’ yang datang daripada pelbagai latar belakang untuk merebut gelaran juara dan siapakah yang bakat bergelar The Ultimate Bro di pusingan akhir nanti.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah, Selesai. Allah Saja Yang Tahu,” – Nora Ariffin Diceraikan Suami Menerusi Rakaman Video

Hantaran terkini daripada penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51, yang diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli mengejutkan warganet.
Difahamkan, lafaz cerai itu dibuat Rushdi menerusi rakaman video dikongsi penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu di Instagram, sebentar tadi.
“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaznya.
Sementara itu, Nora menerusi ruangan kapsyen menitipkan reaksi ringkas iaitu;
“Alhamdulillah. Selesai. Allah saja yang tahu,” tulisnya yang ditutup ruang komen.
Terdahulu, spekulasi mendakwa rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya itu goyah sudah bertebaran sejak tahun lalu, namun Nora menyangkalnya.
Nora berkata, dia masih bergelar isteri kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.
Penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021.
Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 2,500 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pierre Andre ‘Boleh Hidup’ Tanpa Handphone & Media Sosial, Hidup Lebih Selesa

Pelakon dan pengarah, Pierre Andre akui lebih selesa dengan kehidupan tanpa telefon bimbit dan akaun media sosial yang kini menjadi keperluan utama setiap individu.
Menurut Pierre atau nama sebenarnya, Muhammad Pierre Andre Nazarul Andre, jika ada yang ingin mencarinya atas urusan kerja atau keluarga, mereka boleh menghubungi isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim yang bertindak sebagai pengurus.
“Saya ada telefon bimbit tapi bukan untuk buat panggilan. Saya guna hanya untuk ambil gambar atau video bersama keluarga. Telefon ini tiada servis talian.
“Kalau ada yang nak hubungi saya, boleh cari isteri saya. Dia adalah pengurus yang menguruskan saya. Kalau ibu saya cari, dia akan hubungi isteri saya. Mereka memang sudah macam kawan baik.
“Sebab itu jugalah ramai yang susah nak hubungi saya,” katanya kepada MH.
Anak kepada pelakon senior, Khatijah Tan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran trailer dan OST filem Jangan Pandang Belakang 2, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia kini lebih memilih kehidupan yang lebih privasi namun tetap mengambil maklum tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling.
“Media sosial pun saya tiada tapi saya tak hilang pun. Saya ambil maklum mengenai isu semasa melalui akaun isteri saya cuma saya tidak meletakkan diri saya di media sosial.
“Saya suka hidup dalam keadaan biasa sahaja dan tidak terlalu terbuka. Saya tak nak orang tahu sangat tentang kehidupan saya.
“Saya bukan nak kata saya ‘introvert’ tapi saya tak pandai nak bergaul sangat. Bila dipertemukan dengan isteri yang sama seperti saya, kehidupan kami tidak terlalu menonjol,” ujarnya lagi.
Ditanya sama dia akan kembali menggunakan telefon bimbit memandangkan dia kini sudah kembali aktif di dalam bidang seni, Pierre memaklumkan pendiriannya tidak akan pernah berubah.
“Saya akan kekal sebegini. Kalau ada nak cari saya untuk promosi filem atau tawaran kerja, carilah isteri saya.
“Dulu masa awal-awal tak gunakan telefon, rasa susah juga dan saya perlu guna telefon awam untuk hubungi keluarga. Ramai juga pelik ketika itu.
“Bila tidak menggunakan telefon bimbit, saya rasa tekanan itu kurang dah lebih relaks,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, pelakon yang terkenal menerusi drama Dunia Baru ini akui dirinya pernah merajuk dengan dunia perfileman tempatan sehingga memilih untuk berehat hampir 10 tahun.
“Saya gembira dengan kehidupan sederhana. Namun, saya akui adalah sikit merajuk tu. Ada perkara yang saya tidak dapat capai dalam industri ini.
“Saya bukan merajuk dengan sesiapa cuma terkilan pada waktu itu, kenapa industri filem kita tidak berkembang dan tiada asas yang kuat.
“Tapi sekarang keadaan sudah menjadi lebih baik. Makin ramai pengarah berbakat seperti Adrien Teh, Syafiq Yusof dan Syamsul Yusof. Industri kita makin berwarna. Kini saya kembali pula seperti ‘underdog’,” akhirinya.
Terdahulu, filem arahan Pierre, Jangan Pandang Belakang 2 bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada November depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI