Aktor Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding berkongsi berita gembira buat para peminatnya di seluruh dunia apabila isterinya, Liv Lo kini sedang hamil anak pertama mereka.

Perkara tersebut dikongsikan bintang ini menerusi entri di akaun Instagram baru-baru ini.

‘Baby Bump’ Isteri Sudah Jelas Kelihatan, Aktor Hollywood Kelahiran Malaysia, Henry Golding Bakal Bergelar Bapa!

IKLAN

Dalam perkongsian itu, Henry berkongsi foto bersama isterinya yang sudah jelas dengan ‘baby bump’.

“2021 is already looking brighter,” tulisnya sambil disertakan dengan emoji hati dan kanak-kanak pada ruangan kapsyen.

IKLAN

Serentak dengan perkongsian tersebut, para pengikut Henry di platform sama turut tumpanv gembira seterusnya merakamkan ucapan tahniah atas buatnya suami isteri.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga kira-kira empat tahun lalu di Sarawak.

IKLAN

Selain aktif dalam bidang kecergasan, Liv Lo juga merupakan seorang pengacara di stesen televisyen Taiwan.

Foto: Instagram Liv Golding

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI