Aktor Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding berkongsi berita gembira buat para peminatnya di seluruh dunia apabila isterinya, Liv Lo kini sedang hamil anak pertama mereka.
Perkara tersebut dikongsikan bintang ini menerusi entri di akaun Instagram baru-baru ini.
Dalam perkongsian itu, Henry berkongsi foto bersama isterinya yang sudah jelas dengan ‘baby bump’.
“2021 is already looking brighter,” tulisnya sambil disertakan dengan emoji hati dan kanak-kanak pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para pengikut Henry di platform sama turut tumpanv gembira seterusnya merakamkan ucapan tahniah atas buatnya suami isteri.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga kira-kira empat tahun lalu di Sarawak.
Selain aktif dalam bidang kecergasan, Liv Lo juga merupakan seorang pengacara di stesen televisyen Taiwan.
Foto: Instagram Liv Golding