Berkongsi sekeping klip menunjukkan pasangan pengantin baru, Nelydia Senrose dan suami, Hafez, Uqasha dilihat menyakat adiknya yang kelihatan malu-malu.
Video yang dimuat naik di Insta Stories itu memaparkan Nelydia dan Hafez sedang berada di sebuah bilik sedang bersiap.
“Kehidupan rumah tangga suami isteri. Tak payah nak sorok-sorok lagi.
“Baby dah gosok baju suami?
” gurau Uqasha sambil ketawa.Nelydia dan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, diiijabkabul pada 6 April 2019 dan dinikahkan bapa Nelydia, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid dalam satu majlis tertutup diadakan di sebuah hotel di ibu negara.
Foto – Instagram Uqasha Senrose