Abby Abadi ada berkongsi sekeping foto syahdu yang merakamkan tangan kecil bayi pra-matang, Muhammad Danial Firman iaitu permata hatinya yang baru dilahirkan kira-kira 11 hari lalu.
Perkongsian yang dibuat menerusi Instagram itu nyata menjentik hati ramai, apatah lagi dengan kapsyen yang dibuat memberi bayangan terhadap bayi kecil yang dipanggil Baby D ini.
“Hari ke 9 & 10 (5/6Oktober 2019) Abah tak sempat menulis, jadi Mama tulislah utk malam ni. Dah masuk 7hb, hari ke 11 dah sebenarnya umur Baby Danial. Hebat & kuat anak Mama Abah.
Siang tadi, dapat cal dari NICU, HBSB kata perlukan darah Mama utk masukkan dalam badan Baby Danial. Pastu bila bgtau kami di Lumut, kami dah maklum dah pihak NICU sblm pergi haritu, & tahu stok darah Mama ada lagi… dorang cal semula bgtau takpe mmg stok ada lagi. Buleh dtg Isnin pagi.
Petang tadi hospital cal lagi, bgtau ada Doc nk jumpa nk cakap pasal Baby Danial (Doc ramai, bertukar ganti) Masa tu Mama Abah dah sampai Tapah. Berdebar2 rasa bila kata Doc nk jumpa tu.. Rasa nk terus terbang supaya cepat sampai sbb dah terfikir mcm2 dah,” tulis Abby.
Bintang Gerak Khas ini turut memaklumkan, bayinya kini sudah 90 peratus bergantung pada mesin untuk bernafas.
“Sampai Sungai Buloh kul 1030pm tadi terus ke NICU… dari jauhh nampak dah kaki Danial bergerak2. Ya ALLAH bersyukur sangat2! Baby kami masih ada.
“Terus meluru jenguk Baby Danial, basuh tangan terus pegang dia, berlinang airmata. Doc datang jumpa tanya tahukan mcmana keadaan Baby.
“Pendarahan, paru paru tak kuat bla bla bla.. & yg terbaru…. Baby Danial sudah 90% bergantung pada mesin utk bernafas, maximum dah penggunaan mesin tu utk baby seusia Danial.
“Jadi mmg conditionnya sangat kritikal bla bla blaaa. Malam ni jangan pergi jauh jauh la ye…kata Doc.
“Ya ALLAH. Sayu dengar bila Doc cakap mcm tu, tp dari awal pun beberapa org Doc cakap point yg sama juga, 50/50 peluang utk hidup sebab Baby Danial lahir dalam keadaan yg sangat tidak bersedia, dgn berat hanya 535gram berbagai kemungkinan buleh berlaku,” jelasnya lagi.
Bagaimanapun, Abby serta suami tetap kuatkan hati dan tak putus berdoa mengharapkan keajaiban dariNya.
“Tapi Sy & Suami kuatkan hati & tak putus berdoa & berusaha mengharapkan keajaiban dari ALLAH sbb ALLAH Maha berkuasa ke atas makhluknya.
“Tiada apa yg Sy harapkan dari Sahabat2 disini. Mohon teruskan doa utk Baby kami ye. Hanya DOA buleh ubah takdir dia. Ikutkan takut nk share keadaan Baby tp kalau tak share, takde pulak yg mendoakan utk Baby kami nanti,” maklum Abby panjang lebar.
Abby terdahulu terpaksa melahirkan bayinya ketika usia kandungannya mencecah enam bulan.
Dia terpaksa melahirkan bayinya menerusi proses pembedahan pada 27 September lalu selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi meningkat.
Lebih dua tahun lalu, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan suami, Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Foto: Instagram Abby Abadi, Faizal Zakaria