Tahniah diucapkan kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal yang akhirnya mengesahkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Syasya, 23, berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram hari ini.
Menerusi hantaran terbabit, ia memaparkan Syasya dan suami, Nasrullah Mohd. Sapie yang memaparkan dia memegang helaian akhbar tertera mereka akan menyambut kelahiran bayi sulung.
“Baby Emon is on the way (baby Emon bakal dilahirkan),” tulis paparan akhbar terbabit.
Menitipkan rasa syukur, Syasya juga turut dilihat memegang ‘baby bump’ di samping suami tersayang.
View this post on Instagram
Sementara dalam ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah atas pengumuman berita gembira tersebut.
“Akhirnya diumumkan!”
“Pandai netizen meneka selama ini, tahniah Syasya dan suami.
“Semoga dipemudahkan urusan bersalin Syasya!” komen netizen.
Terdahulu tular video yang menampakkan ‘baby bump’ penyanyi itu yang semakin membesar ketika berjalan di dalam air sambil dipimpin suaminya pada awal bulan lalu.
Sebelum ini, pada Jun lalu Syasya pernah menafikan khabar angin dia sudah berbadan dua sebaliknya ‘baby bump’ yang didakwa ramai itu hanyalah perut buncit dan pertambahan berat badan.
Syasya melangsungkan pernikahan dengan Nasrullah dalam majlis tertutup yang berlangsung pada 21 April lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI