Pelakon, Yana Samsudin berkongsi berita gembira apabila memaklumkan telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat, Johor pada minggu lalu.
Menurut Yana, dia berasa sangat bersyukur kerana segala proses sewaktu melahirkan bayi perempuan tersebut telah dipermudahkan.
“Assalam korang. Alhamdulillah ABC dah selamat lahirkan baby gaming dan its a girl. Thanks semua yang sudi doakan yana & baby selamat dilahirkan. Semuanya telah dipermudahkan..
“Thanks juga buat Dr Norliza Pakar Gynae KPJ Batu Pahat & all the team. Servis yang baik dan selesa buat kami sekeluarga. Bersalin di sini siap dapat hadiah carseat dan gubahan bunga buah buahan untuk Merdeka hingga Disember hujung tahun,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Fadzil Zahari itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik pada Rabu.
Dalam pada itu, Yana turut minitipkan doa buat para ibu diluar sana terutamanya yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung agar dipermudahkan segala urusan mereka oleh Allah SWT.
Sementara itu, Yana turut mengumumkan dia akan berehat buat sementara waktu bagi menjalani proses berpantang.
“Alhamdulillah sekali lagi Yana doakan buat ibu-ibu yang masih menanti untuk pregnant baby pertama & seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT.
“Yana akan bercuti lebih kurang 2bulan dari event, shooting & game streaming, #EnKetuaRumah @fadzilzahari & @aisymateen akan teruskan stream🎮, support la dia, dia pun kelakar jugak sebenarnya huhu,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut menzahirkan rasa teruja mendengar perkhabaran tersebut.
Terdahulu, Yana dan Fadzil telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Februari 2015.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama, Aisy Mateen yang kini baru memasuki usia empat tahun.
Sumber: Instagram Yana Samsudin