Selepas usahawan, Liana Rosli selamat melahirkan anak keempatnya minggu lalu, puteri yang diberi nama Cinta Carissa itu menjadi perhatian kerana dikatakan sudah pun mempunyai gigi.

Bukan sahaja dipuji kerana kecomelannya sebelum ini, namun video yang dikongsi Liana atau sinonim disapa sebagai Kak KM di Instagram yang merakam bentuk gigi dan gusi anaknya yang baru berusia dua hari ketika itu menjadi buah mulut.

Baby Girl Kak KM Usia 2 Hari Tumbuh Gigi – “Alhamdulillah Anak Mama…”

Malah hantaran tersebut sudah pun menerima lebih 120,000 tontonan  bersama komen pengikut yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing.

Ads

Serentak dengan itu, Kak KM meluahkan rasa syukur dengan anugerah yang dikurniakan.

“Alhamdulillah anak mama bawak tuah. Hari kedua dah tumbuh gigi,” tulisnya ringkas.

Ads

Cinta Carissa dilahirkan secara normal dengan berat 3.80kg.

Untuk rekod selain Cinta, Liana dan suaminya Razman Ramli juga dikurniakan dua anak perempuan serta seorang lelaki iaitu Nabila Razman, 18, Fariz Razman, 14 dan Rania Razman yang berusia 11 tahun.

Ads

Baby Girl Kak KM Usia 2 Hari Tumbuh Gigi – “Alhamdulillah Anak Mama…”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instgaram Liana Rosli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI