Menanti detik kelahiran cahaya mata ketiga, pelakon dan usahawan Wawa Zainal nyata teruja dengan kehadiran ahli keluarga barunya tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Wawa sedikit bimbang apabila berat kandungannya itu masih dianggap kecil meski sudah memasuki tujuh bulan.
“Ada tak tips nak tambah kan berat baby dlm perut tu. 7m+ baby baru 1.4kg.
“Berat badan Wawa naik je 11kg. Tapi baby kecik..Mommies ada experience mcm ni? Jom sembang2 hehe,” tulisnya.
Mahu meminta pendapat ramai, ibu kepada dua orang cahaya mata ini dihujani pelbagai cadangan dari pengguna media sosial khususnya dari para ibu.
Malah ada juga yang berkongsikan pengalaman masing-masing di ruangan komen.
Wawa dan Aeril Zafrel berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata,Ahmad Fakharuddin Attar Suhairil dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa Suhairil.
Foto: Instagram Wawa Zainal