Tular sejak semalam mengenai panggilan ‘Baby Sayang’ gara-gara pertanyaan netizen kepada Mira Filzah gelaran Baby atau Sayang yang lebih senang digunakan.
Mengakui lebih menggemari dipanggil Baby Sayang, natijahnya, kini Baby Sayang di mana-mana.
Menjawab persoalan di Insta Stories, ulas Mira, dia sememangnya menggunakan gelaram tersebut namun tidak dijelaskan dengan siapa.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu terlalu menyebut Baby Sayang bimbang netizen muak mendengarnya.
Kepada yang terlepas pandang, MH kongsikan video manja ini dengan tatapan mata.
Aduh manjanya, memang cair dibuatnya. Padanlah digelar gadis pujaan Malaya.
Foto : Instagram Mira Filzah