“Baby Selalu Ada Malaikat Lindung,” – Kata Netizen Bila Tiada Angin Tiada Ribut, Bayi Linda Hashim Terjatuh Tapi Tak Nangis

Share

Baru-baru ini, pelakon Linda Hashim ada berkongsi anak bongsunya yang tiba-tiba jatuh tergolek dari tempat tidurnya.

Malah Linda menerusi kapsyen turut memaklumkan anaknya yang baru berusia sebulan itu tidak menangis, tiba-tiba sudah jatuh.

“Mcm baru lepas gempa bumi..tak nagis tak apa tahu2 dah jatuh.. @indahanggunjelita,” tulisnya.

Lalu, perkongsian dari isteri kepada penyanyi dan pelakon, Beego itu mendapat reaksi pelbagai dari netizen. Ada yang bertanya apa yang berlaku dan tak kurang yang ingin tahu keadaan si comel bernama Indah Camella itu.

Foto: Instagram Linda Jashim

Published by
Rafiq Mazlan