Penyanyi Baby Shima mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa gangguan lelaki ‘miang’ yang menghantar mesej berbaur lucah dan keterlaluan di Instagram.

Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli memuatnaik tangkap layar mesej berkenaan dipercayai telah dihantar seorang lelaki yang disifatkannya sebagai munafik.

“Munafik bertopengkan kopiah. Ramai dah jumpa orang-orang begini,” tulis Shima.

Dalam mesej tersebut, lelaki tersebut memuji kecantikan Shima selain turut memintanya cepat bernikah supaya boleh melakukan hubungan intim.

Ads

Berang dengan mesej berkenaan, Shima tanpa selindung terus berkongsi akaun pemilik Instagram sebagaimana yang didakwa.

Sekaligus, tindakan tersebut nyata mengundang kemarahan banyak pihak di ruangan komen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan tidak percaya dengan kelakuan lelaki tersebut kerana tidak seiring dengan apa yang kongsikan di laman Instagramnya.

Ads

“Maaf, orang begini la yang jatuhkan martabat lelaki berkopiah.

“Tak sensor ya ayat mesej tu. Memang celakalah orang yang berpura-pura alim. Buat malu sahaja.

“Ramai sahaja yang pura-pura alim. Berselindung disebalik pakaian. Tapi belakang-belakang setan bertopengkan manusia.

“Memang mendapatlah. Sesuai diviralkan,” antara komen-komen netizen.

Ads

Bagaimanapun, ada yang turut mempersoalkan mengenai kesahihan pemilik sebenar di sebalik akaun tersebut.

Sebelum ini, Shima juga pernah berdepan situasi sama apabila pernah diganggu oleh lelaki gatal di media sosial.

Malah, Shima juga sering mendapat teguran mengenai pemakaiannya yang dikatakan agak seksi sehingga ‘mengundang’ komen-komen yang tidak sepatutnya, khasnya di kalangan lelaki.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI