Penyanyi yang sinonim dengan lagu genre dangdut dan pop, Baby Shima mendedahkan dia senang bekerjasama dengan Haziq Rosebi ketika merakamkan lagu baharu mereka berjudul Pujuk.

Bagi Shima, sikap Haziq yang tidak sombong dan rendah diri nyata memudahkan proses rakaman lagu dan pembikinan video muzik untuk lagu berkenaan.

“Sepanjang bekerjasama dengan Haziq, semuanya  berjalan lancar dan dipermudah. Saya rasa sangat selesa.

“Bagi saya, dia orangnya baik, tak sombong, peramah dan tidak susah bekerja dengan dia. Dapat bergandingan dengan artis yang ada personaliti yang bagus dan komited pun satu rezeki juga.

“Malah saya pun kagumi dengan kualiti vokal Haziq, lebih-lebih lagi apabila dia menyanyikan lagu irama Malaysia. Suaranya tak perlu dipertikaikan lagi,” katanya.

Ads

Sejak teaser lagu Pujuk dimuat naik ke media sosial, naskah ciptaan Affan Mazlan itu juga pantas menerima maklum balas positif dalam kalangan warganet.

“Alhamdulillah… Saya baru sahaja muat naik teaser lagu Pujuk dalam hantaran di Instagram. Tak sangka ramai yang suka dan tak sabar-sabar untuk mendengar versi penuh lagu itu.

Ads

“Tidak dinafikan, selepas muncul dengan lagu Ikatan Asmara duet bersama Allahyarham Fairuz Misran, ada peminat ada mahu saya keluarkan lagi lagu irama tradisional lagi.

“Jadi lagu Pujuk ini adalah hadiah buat mereka dan ia mengisahkan mengenai pasangan kekasih yang saling memujuk apabila bergaduh-gaduh manja.

Ads

“Biasalah, perempuan bila merajuk… mestilah lelaki kena pujuk,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Shima juga akui lagu irama tradisional perlu terus dinyanyikan oleh pelapis muda kerana ia merupakan identiti bangsa kita.

Lagu Pujuk akan dilancarkan hari ini, 28 Oktober ini di saluran YouTube MVM Music.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI