Penyanyi, Baby Shima menyatakan hasratnya untuk turut sama terlibat dan menjadi sebahagian daripada model seluar dan baju dalam sebuah jenama terkemuka antarabangsa.

Malah, Shima turut mempersoal mengapa jenama tersebut memilih artis Malaysia yang lain berbanding dirinya.

Baby Shima Teringin Ikut Serta Jadi Model Pakaian Dalam? Cemburu Rakan Artis Dapat Komen Positif

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

“Hey @calvinklein, sampai hati tak ambil Shima buat promo seluar dalam dan baju dalam ni. Bukan apa, ramai artis Malaysia dah dapat buat iklan ni,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Lalai itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Baby Shima Teringin Ikut Serta Jadi Model Pakaian Dalam? Cemburu Rakan Artis Dapat Komen Positif

IKLAN

Katanya lagi, dia juga cumburu apabila melihat posting-posting rakan artis yang memperagakan pakaian dalam tersebut menerima komen-komen positif daripada netizen.

“Cemburulah tengok komen-komen tempat diorang. Ramai yang komen (WAH NICE, SO SEXY DEAR, LIKE IT, NICE SHAPE, U SLAYY, STUNNING).

“Nak try juga. Mana tau dapat komen-komen hebat macam tu,” kongsinya lagi.

Baby Shima Teringin Ikut Serta Jadi Model Pakaian Dalam? Cemburu Rakan Artis Dapat Komen Positif

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Shima supaya tidak tidak melakukan perkara sedemikian.

“Tak perlu cemburu la. Takda kepentingan pun perkara macam tu.

“Tak elok la kak Baby Shima. Tak payah buat la okay.

“Diorang tegur sebab sayang kot,” komen para pengikut.

IKLAN

Pada masa sama ada juga yang beranggapan Shima seakan ingin menyindir dan berkongsi posting berbaur sarkastik buat warganet yang baru-baru ini mengecam imejnya yang mencolok mata hingga menampakkan pakaian dalam ketika di Jakarta, Indonesia.

“Perli baik punya.

“Sindiran halus.

“Baik punya perli, love Kak Shima,” antara komen-komen netizen.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Baby Shima

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI