
Menerusi entri terkini pelakon Amar Baharin telah berkongsi berita gembira bersama peminat di akaun media sosial Instagram miliknya.
Amar atau nama sebenarnya memaklumkan bahawa isterinya, Amyra Rosli telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.
Bintang drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan itu selamat menimang cahaya mata perempuan.
“Bismillahi Allahuakhbar. Alhamdulillah isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi.
“Baby sihat & Isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Barakallahu Fik @amyramarjr2020,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on
Di samping itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan kata ucapan tahniah kepada pasangan ini.
Sekadar informasi, Amar dan Amyra telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan satu cahaya mata, Aqeef Anaqi berusia tahun.
Foto : Instagram Amar Baharin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kerja Macam Aku Yang Tak Tentu Gajinya…,” – Atas Usaha 10 Tahun Komited Tanpa Jemu, Shakilla Khoriri Akhirnya Berjaya Beli Kereta Import

Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi berita gembira kerana berjaya membeli sebuah kereta berjenama setelah lebih 10 tahun bekerja.
Menurutnya, kereta import dari negara Jepun itu adalah hak miliknya sepenuhnya.
“Seumur hidup tak pernah lah berkenan nak bergambar dekat kereta ni kecuali kebetulan. Kereta orang apa lagi kereta sendiri. Entah ! Tak suka.
“Tapi ni saja share sikit lah. Aku ni 10 tahun kerja baru sekarang merasa nak pakai kereta baru , nama sendiri, bayar sendiri semua sendiri lah.
“Tapi kerja macam aku ni yang tak tentu gajinya sat ada sat takde ni PAYAH nak lepas loan. Penyudah beli kereta sambung bayar yang setiap kali banyak ragamnya banyak kosnya.
“Alhamdulillah walau macam mana pun bekas2 kereta aku dulu sebab dah banyak berjasa bawa aku kerja dengan family jalan2,” tulisnya.
Dalam masa sama, isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali itu bersyukur atas nikmat yang diberikanNya.
“Mungkin Allah bagi aku rezeki pinjaman sikit untuk rasa macam mana rasanya ada kereta sendiri.
“Loan payah tapi Allah mudahkan dengan temukan aku dengan @haririazmi_22 dan segalanya dipermudahkan. Hariri yang banyak update dan uruskan pasal loan sampai gedebuk keluar kereta.
Syukur.
“Well aku faham kalau loan tak lulus tu mesti ada salesman yang tak sungguh2 buat lagi2 orang macam aku.
“Sebelah matanya depa pandang tapi YES aku nak recomen lah for those yang nak beli kereta sila lah berurusan dengan @haririazmi_22 kau tak payah pening2 sebab dia SETTLE kan from A-Z , insyallah.
“Birthday present untuk diri sendiri.
Syukur. Thank you for everything @haririazmi_22. Thank you All,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata turut gembira dengan hasil titik peluh pelakon itu.
Foto: Instagram Shakilla Khoriri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiga Orang Dan Satu Beg, The House Musim 5 Memang Kecoh Dengan BBNU!

Kecoh apabila penyanyi BBNU, Sarah Suhairi, Wani Kayrie dan Sissy Iman digabungkan bersama menerusi program reality The House musim kelima yang bakal ditayangkan bermula 27 Mac ini.
Enam hari ‘dipenjara’ di sebuah rumah di sekitar Janda Baik dan Kuantan dengan hanya satu katil disediakan, nyata memperlihatkan sisi sebenar ketiga-tiga penyanyi muda ini.
Jangan terperdaya dengan perwatakan lemah lembut Sarah kerana sisi berbezanya cukup lantang dan gemar berbuat jenaka.
“Bayangkan, Sarah yang paling muda antara kami bertiga, namun disebabkan Sarah sudah biasa memandu dan berani, maknanya Sarah ambil tanggungjawab memandu kereta di tempat yang cukup sunyi,” ulasnya.
Dilabel suka tidur, kata Wani, dia seorang yang sangat mementingkan kecantikan dan disebabkan itu waktu tidurnya mengikut jadual.
“Wani memang biasa tidur ikut waktu, jadi bila tersasar, jadinya Wani cukup mengambil peluang untuk merehatkan mata.
“Malah, Wani memang sukakan kecantikan, bayangkan sebelum tidur, Wani akan pakai gincu, manalah tahu kalau bermimpi putera raja,” ulasnya sambil ketawa.
Penyanyi dan composer, Sissy Iman pula dilihat cukup berdikari dan kata Sarah seperti ‘mak-mak’, namun ayah adalah segalanya.
“Selalunya Sissy akan minta tolong ayah sediakan sesuatu, jadi bila ayah tiada, memang susah sangat,” ulasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran The House musim kelima di Bangsar Shopping Centre.
Lebih menarik, persiapan dengan bagasi masing-masing membawa padah. Hanya satu beg disediakan untuk memuatkan barangan peribadi ketiga-tiganya. Bagaimana?
Jangan lupa saksikan perjalanan menarik yang bakal disiarkan di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (123) setiap Rabu jam 9.00 malam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Cuba Tapi…,” – Lebih Tenang & Makan Terjaga Lepas Kahwin, Afdlin Shauki Ada Hasrat Nak Timang Zuriat

Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Afdlin Shauki tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki menimang cahaya mata hasil perkahwinan keduanya bersama pengurusnya yang dikenali Marcella pada Ogos lalu.
Menurut Afdlin atau nama sebenarnya, Afdlin Shauki Aksan, dia enggan meletakkan harapan terlalu tinggi mengenai hal zuriat kerana kerana sedar dirinya juga sudah berusia.
“Ada perancangan nak timang cahaya mata.
“Insya-allah, saya mencuba tetapi umur saya pun sudah tua,” katanya kepada MH.
Afdlin berkata sedemikian selepas ditemui di sidang akhbar filem Harimau Malaya The Untold Journey di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada Selasa.
Berkongsi mengenai kehidupannya selepas kembali bergelar suami sejak dua bulan lalu, Afdlin bersyukur semuanya berjalan dengan lancar
Pada masa sama, isterinya juga turut memberi sokongan penuh selain sangat memahami aktiviti seninya.
“Saya gembira, seronok serta lebih tenang selain makan dan minum kembali terjaga. Saya seronok dengan keadaan sekarang.
“Isteri juga banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seni saya. Kami juga kongsi minat yang sama dan merupakan rakan kongsi untuk bisnes.
“Malah, dia sangat memahami apa yang saya lakukan. Segalanya berjalan lancar” jelasnya.
Ditanya mengapa dia mengambil masa sebulan untuk mendedahkan berita pernikahan, Afdlin menjelaskan dia hanya ingin memberi ruang kepada isteri agar lebih bersedia selain mencari waktu yang sesuai.
“Saya sangat hormat isteri saya. Dia tak kisah kalau nak kongsi mengenai pernikahan kami tetapi saya mencari masa yang sesuai supaya dia okey dan betul-betul bersedia.
“Pada awalnya nak kongsi pada awal Ogos lalu tetapi sudah ada Pilihan Raya Negeri pula, risau ganggu fokus,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Afdlin memberitahu hubungan isterinya dengan anak-anak yang salah seorangnya aktres Mia Sara kini terjalin baik.
Jelasnya, majlis pernikahan juga diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan sahaja.
“Dia dengan keluarga saya okey. Anak anak juga okey dengannya termasuk bekas isteri saya, Maria Christina Orow Abdullah.
“Anak anak beri respons yang baik. Hanya seorang anak saya hadir pada hari pernikahan namun hubungan kami semua tetap baik.
“Majlis pun memang diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Tiada majlis yang besar pun. Kasihan juga dengan isteri saya tetapi dia okey sahaja dan tiada masalah.
“Majlis diadakan hanya nak beritahu dan memghalalkan sebuah perhubungan, itu sudah cukup bagi saya,” katanya lagi tanpa mendedahkan tarikh sebenarnya hari pernikahannya.
Pada September lalu, Afdlin mendedahkan dirinya sudah menamatkan zaman dudanya dengan Marcella pada Ogos lalu.
Sekadar informasi, Afdlin dan Christina berkahwin pada 1997 namun memutuskan untuk bercerai pada April 2022.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI