Pelakon, Datin Lisa Surihari akhirnya menemukan keyakinan untuk terlibat didalam program bertemakan tadarus Al-Quran yang akan disiarkan di bulan Ramadan nanti.
Menurut Lisa, pada awalnya dia agak berat hati untuk menyertai program seumpama itu kerana sedar bacaannya masih banyak yang perlu diperbaiki.
“Tahun-tahun sebelum ini, saya sudah beberapa kali dipelawa team dari Astro Oasis untuk menyertai rancangan tadarus Al-Quran. Sebelum ini saya selalu menolak dengan cara baik.
“Terfikir dalam kepala ini, baca dah la merangkak. Seganlah. Macam-macam alasan kita bagi.
“Sementara itu, dengan rendah diri ini, saya pasang niat supaya hubungan saya dengan Al-Quran diperbaiki lagi dan lagi,” tulisnya di Instagram.
Sedar akan kelemahannya itu, isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim ini memaklumkan telah mengambil inisiatif untuk memantapkan ilmu Al-Quran.
Ads
“Dengan izin Allah, saya cuba sertai kumpulan tadarus bersama qariah jiran-jiran kawasan perumahan, mengaji online one on one, join kelas tajwid dan kelas tadabbur.
“SubhanAllah, struggle memang struggle. Dengan pelat R dia lagi. Syukur alhamdulillah, saya dikelilingi keluarga dan sahabat rapat yang banyak memberi dorongan.
“Saya ingat lagi salah sorang Ustaz pernah berkata ‘Sebelum pandai itu, belum pandai kan? Tapi bagaimana nak pandai kalau kekal tak buat apa-apa’. SubhanAllah,” kongsinya lagi
Pada masa sama, Lisa turut berharap agar penglibatannya di dalam program dapat membuka hati banyak pihak untuk turut sama memcintai Al-Quran.
Ads
“Bila dijemput untuk sertai Jom Khatam (Ramadan, Astro Oasis) tahun ini, saya berdu’a kepada Allah SWT, pasangkan niat dengan betul.
“Anggap ia satu kelas mengaji, di mana bacaan kita dipantau Qari Qariah dan betulkan mana-mana yang tersilap.
“Jikalau penglibatan saya ini dapat membuka pintu hati mereka yang struggle seperti saya untuk jadikan Al-Quran best friend mereka, Ya Allah, bukakanlah pintu, ruang dan peluang itu untuk mereka dan permudah usaha mereka.
Ads
“Tidak perlu fikirkan apa agaknya tanggapan mereka di luar sana yang mungkin kurang positif tapi buatlah sepenuhnya kerana Allah,” akhirinya.
Dalam pada itu, pelakon filem Istanbul Aku Datang ini juga berharap agar program ini dapat memberikan manfaat kepada para penonton.
“Perkara ini memang mencabar. Terimalah usaha ini daripada saya dan team Jom Khatam. Terima kasih suami tersayang kerana menyokong dan menggalakkan.
“Terima kasih pihak siaran dan produksi yang begitu bersifat “welcoming” and “encouraging”.
“Terima kasih Qari Ustaz Luqman atas bimbingan dan tunjuk ajar,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Lisa Surihani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh di laman Twitter baru-baru ini apabila ada yang mendakwa, Tyra Kamaruzzaman rupanya berlaku curang dengan lelaki yang dikenali sebagai Amin Daniel, anak kepada Jamal Yunos.
Kekasih kepada anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Aazief Khalid ini pada masa sama mengakui dia tertekan dengan dakwaan yang dilemparkan kepadanya.
Jelas Tyra, dia terlebih dahulu mengenali Amin dan pernah bercinta sekitar 2014 sebelum ini.
Bagaimanapun, kedua-duanya tidak pernah berhubung selepas dia mengenali Aazief.
“Amin and me HAD a thing before Aazief, it was in 2014/2015. If that’s what you want to know. But after being together with Aazief we stopped talking and lost contact and never saw or talked to each other dah,” jelasnya.
Pada masa sama, Tyra percaya situasi yang dihadapinya sama seperti kebanyakan orang lain.
“Aazief knows 100% of who Amin was in my life and it was past. Like every one of you I’m sure you have a past too, an ex too.
“Don’t make strong accusations like that especially something that is not true with no solid evidence,” katanya lagi.
Malah membaca segala tuduhan palsu tanpa sebarang bukti jelas menunjukkan terlalu ramai individu toksik yang cuba menjatuhkan dirinya.
“Reading your tweets about the whole thing pains me because you lot don’t know what’s actually happening and you CHOOSE to believe a rumor that was spread around without evidence.
“Shows how toxic a lot of people here are and I don’t expect anything out of anyone either,” tulisnya.
“Rumors spread out wide and people seemed to believe it, after a fake account tweeted an accusation saying I cheated with Amin Daniell when I was with Aazief? Tweet has been deleted and account deactivated but the fact that some people believed it baffles me,” kongsi Tyra panjang lebar.
Menjengah kepada Instagram kedua-duanya, foto pasangan ini sudah pun dipadam di laman sosial masing-masing.
Foto : Twitter, Instagram Aazief, Tyra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan penerbit, Michael Ang ada bertanyakan soalan berhubung jenama vaksin yang memiliki daya tahap perlindungan paling tinggi bersama para pengikut di laman media sosial Instagram.
Meski sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19, namun Michael memberitahu, dia merancang dan berhasrat untuk menerima suntikan vaksin tambahan.
Jelasnya, dia mahu melakukan tindakan sedemikian sekiranya ia sudah mula dipasarkan secara terbuka di seluruh negara pada masa akan datang.
“Salam semua. Siapa tahu info ni atau mana boleh dpt info ni? Luv u all n be safe. Ok guys I Tanya ni bukan sebab Tak tahu vaccine ni bukan penawar.
“I Tanya ni sebab nak tahu vaccine brand apa tahap perlindungan nya lebih tinggi. Mana tahu satu hari Nanti boleh beli vaccine yg lain Di open market tahu la vaccine apa lagi nak cucuk.
“Tu aje. Chill ya Jgn stress stress. By the way I dah vaccine ya. Bukan antivax. Sensitive naw rakyat Malaysia,” tulisnya menerusi entri tersebut.
Gara-gara foto percutiannya bersama suami di Phuket menerima ratusan ucapan tahniah atas bayangan mereka bakal menerima cahaya mata ketiga, penyampai radio Feeya Iskandar menegaskan dia dan suami hanya ingin meluangkan masa bersama dan bukan untuk ‘membuat anak’.
Malah ibu kepada dua anak ini turut memohon agar netizen tidak lagi memberi ucapan tahniah di ruang komen.
“#kamixbuatanak
#kamipergibercutijer. Stoplah dok ucap2 tahniah bagailah komen baby otw lah..ergh,” tulisnya.
Pelakon Nina Iskandar mengesahkan dia telah pun bercerai dengan bekas suaminya, Azlan Adzanan, sejak tahun lalu.
Menurut Nina, 34, perceraian talak satu itu bukan melibatkan...