Hiburan

“Baca Merangkak, Pelat ‘R’ Lagi…,” – Cabar Diri Sertai Tadarus Al-Quran Di TV, Indahnya Perkongsian Lisa Surihani

Share

Pelakon, Datin Lisa Surihari akhirnya menemukan keyakinan untuk terlibat didalam program bertemakan tadarus Al-Quran yang akan disiarkan di bulan Ramadan nanti.

Menurut Lisa, pada awalnya dia agak berat hati untuk menyertai program seumpama itu kerana sedar bacaannya masih banyak yang perlu diperbaiki.

 

“Tahun-tahun sebelum ini, saya sudah beberapa kali dipelawa team dari Astro Oasis untuk menyertai rancangan tadarus Al-Quran. Sebelum ini saya selalu menolak dengan cara baik.

“Terfikir dalam kepala ini, baca dah la merangkak. Seganlah. Macam-macam alasan kita bagi.

“Sementara itu, dengan rendah diri ini, saya pasang niat supaya hubungan saya dengan Al-Quran diperbaiki lagi dan lagi,” tulisnya di Instagram.

Sedar akan kelemahannya itu, isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim ini memaklumkan telah mengambil inisiatif untuk memantapkan ilmu Al-Quran.

“Dengan izin Allah, saya cuba sertai kumpulan tadarus bersama qariah jiran-jiran kawasan perumahan, mengaji online one on one, join kelas tajwid dan kelas tadabbur.

“SubhanAllah, struggle memang struggle. Dengan pelat R dia lagi. Syukur alhamdulillah, saya dikelilingi keluarga dan sahabat rapat yang banyak memberi dorongan.

“Saya ingat lagi salah sorang Ustaz pernah berkata ‘Sebelum pandai itu, belum pandai kan? Tapi bagaimana nak pandai kalau kekal tak buat apa-apa’. SubhanAllah,” kongsinya lagi

Pada masa sama, Lisa turut berharap agar penglibatannya di dalam program dapat membuka hati banyak pihak untuk turut sama memcintai Al-Quran.

“Bila dijemput untuk sertai Jom Khatam (Ramadan, Astro Oasis) tahun ini, saya berdu’a kepada Allah SWT, pasangkan niat dengan betul.

“Anggap ia satu kelas mengaji, di mana bacaan kita dipantau Qari Qariah dan betulkan mana-mana yang tersilap.

“Jikalau penglibatan saya ini dapat membuka pintu hati mereka yang struggle seperti saya untuk jadikan Al-Quran best friend mereka, Ya Allah, bukakanlah pintu, ruang dan peluang itu untuk mereka dan permudah usaha mereka.

“Tidak perlu fikirkan apa agaknya tanggapan mereka di luar sana yang mungkin kurang positif tapi buatlah sepenuhnya kerana Allah,” akhirinya.

Dalam pada itu, pelakon filem Istanbul Aku Datang ini juga berharap agar program ini dapat memberikan manfaat kepada para penonton.

“Perkara ini memang mencabar. Terimalah usaha ini daripada saya dan team Jom Khatam. Terima kasih suami tersayang kerana menyokong dan menggalakkan.

“Terima kasih pihak siaran dan produksi yang begitu bersifat “welcoming” and “encouraging”.

“Terima kasih Qari Ustaz Luqman atas bimbingan dan tunjuk ajar,” kongsinya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Lisa Surihani

Published by
Aizam Manaf