Bagi menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan rakyat Makaysia duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, artis versatil, Alif Satar telah memperkenal sesi ‘Kuarantin Karaoke’ di laman Instagram miliknya.
Kuarantin Karaoke telah dimulakansejak hari pertama kuarantin dan memasuki hari ke-3 ini, Aliff telah pun berkongsi alunan indah surah Al-Kahfi.
“Quarantine Quran. Al-Kahfi ( The Cave)” tulisnya ringkas menerusi entri video di IG TV miliknya, baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, Alif dilihat telah membaca 10 ayat pertama surah Al-Kahfi.
Ads
Video tersebut kemudiannya tular apabila meraih lebih 300,000 tontonan dan turut dihujani lebih 2,000 komen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis kagum dengan bacaan Alif yang sungguh merdu.
Ads
Ads
Sekadar perkongsian, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawasanya sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka dia akan terhindar daripada fitnah dajjal.
Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Izreen Azminda mengakui gementar apabila berpeluang bergandingan dengan pelakon senior, Fauziah Nawi menerusi drama terbaru lakonannya, Hadiah Dari Tuhan.
Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam memberitahu perasaan tersebut masih lagi ada meski lebih 10 tahun bergelar pelakon.
“Setelah sekian lama, baru hari ni dapat satu frame kembali bersama ibu Fauziah Nawi. Walaupun dah berkali-kali berlakon dgn ibu Fauziah.
“Dari i ols muda sampai dah kertu ni pun, perasaan seram seram sejuk manjah tak penah hilang bila berlakon dgn ibu. Aura dia lain maciam,” tulisnya.
Drama rantaian Hadiah Dari Tuhan yang turut menampilkan Dynas Mokhtar, Amy Mastura dan ramai ini lagi bakal bersiaran menerusi slot Lestary di TV3 tidak lama lagi.
Sebelum menceburkan diri dalam dunia lakonan, Izreenterlebih dulu pernah menyertai pencarian Dewi Remaja 2005/2006 dan menduduki tempat lima teratas.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh telah terbunuh di Tehran, Iran, kata kumpulan itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu, Hamas berkata Haniyeh terbunuh dalam serbuan Israel di kediamannya di Tehran.
Menurut kumpulan itu lagi, pemimpin berusia 62 tahun itu meninggal dunia selepas turut serta dalam upacara rasmi Presiden Iran Baharu, Masoud Pezeshkian yang mengangkat sumpah pada Selasa.
Kor Pengawal Revolusi Iran berkata punca kejadian itu belum jelas tetapi sedang disiasat, lapor agensi berita AFP.
Perwakilan dari kumpulan Hamas yang mengawal Gaza berkata Haniyeh “dibunuh dalam serbuan Zionis yang khianat”.
Setakat ini, Israel masih belum memberi balasan atau mengeluarkan kenyataan tentang kejadian tersebut.
Ismail Haniyeh mengangkat sumpah sebagai pemimpin tertinggi Hamas pada 2006 yang menyaksikan kekuasaan kumpulan tersebut terhadap pentadbiran Semenanjung Gaza.
Sebelum ini, tiga anak Ismail, Hazem, Amir dan Mohamed telah terbunuh dalam satu serangan udara Israel pada 10 April 2024.
Kejadian tersebut turut mengorbankan nyawa empat cucunya, tiga Perempuan dan seorang lelaki.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suatu ketika dahulu, beberapa selebriti tanah air pernah memberi kejutan dalam industri hiburan apabila mengumumkan berhijrah ke arqah lebih baik, mengenakan busana patuh syariah, berhijab dan berniqab.
Ini merupakan satu perkembangan positif apabila figura-figura kesayangan ramai ini memilih untuk menjadi role-model kepada para peminat untuk lebih mendalami islam. Antara selebriti yang memilih untuk berniqab adalah, Waheeda, Fynn Jamal, Ina Naim, Diana Amir dan Neelofa.
Malah, penghijrahan selebriti tanah air ini telah membuka mata ramai tentang kepentingan menjaga dan menutup aurat dengan sempurna. Begitu juga dengan penghijrahan selebriti jelita, Diana Amir sejak dua tahun lalu benar-benar memberi inspirasi kepada semua.
Team MH berpeluang bertemu mata dan menemu bual beliau sewaktu sesi rakaman No Turning Back bersama Hijabista, Diana sempat menjawab beberapa persoalan yang diutarakan.
Berniqab Untuk Diri Sendiri, Demi Dapat Redha Allah
“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah.
“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah. Itu sahaja sebenarnya,” ujar pelakon Strawberi Cinta ini.
Bagaimana Diana Gapai Istiqamah?
Ditanya mengenai perjalanan untuk istiqamah, Diana menjelaskan bahawa kita haruslah mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar segalanya terasa dipermudahkan olehNya.
“Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dia. Kalau niat dia kerana Allah, insyaAllah pastinya kita berjalan kepada Allah, Allah akan ‘berlari’ nak membantu kita. Nak dekatkan diri kita kepada Allah SWT.
“Jadi, saya rasa kita sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ini haruslah bersangka baik dengan Allah. Jadi apa saja yang kita buat, kita kena cari apa kebaikan di sebaliknya.
“Kalau kita dapat yang buruk-buruk, kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabarannya. Tapi kalau kita nak istiqamah, cari apa hikmahnya yang kita akan dapat. Itu akan mudahkannya. InsyaAllah,” kata Diana.
Untuk rekod, setelah hampir 10 tahun berhijab, pelakon dan pengacara Diana Amir akhirnya mengambil keputusan memakai niqab sejak dua tahun lalu.
Terkesan dengan kisah para sahabat yang sudah dijanjikan syurga namun tetap berusaha memenuhi segala tuntutan Allah membuatkan dirinya sedar bahawa dia juga perlu berusaha.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.