“Bacaan Darah Tinggi Rendah Dan…,” – Kuarantin Berbaki Lagi 3 Hari, Maria Tunku Sabri Terpaksa Dirawat Di MAEPS

Share

Pengacara, Maria Tunku Sabri memaklumkan dirinya kini sedang menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang selepas tahap kesihatannya dilaporkan menurun akibat jangkitan wabak Covid-19.

Menurut Maria, ketika diarahkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, bacaan darahnya dilaporkan menurun dan degupan jantungnya juga dikatakan bergerak dengan sangat laju.

Meskipun tempoh kuarantinnya hanya berbaki tiga hari lagi, namun Maria terpaksa dibawa menaiki ambulan bagi mendapatkan rawatan susulan dan pemantauan rapi.

“Pengakhirannya saya ke Maeps. Lagi tiga hari sahaja kuarantin, saya diarah ke Klinik Kesihatan Hulu Klang. Saya gagal bacaan darah tinggi rendah, jantung laju dan masih demam.

“Allahuakbar, subhanallah, aku reda Ya Allah. Aku terima sakit penghapus dosa, insya-Allah,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program, Jalan-Jalan Cari Makan itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik pada Rabu.

Dikesempatan itu juga, Maria turut memohon maaf dan berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga kesihatannya dapat kembali pulih seperti sedia kala.

“To all families and friends I would like to apologise and forgive me maafkan segala dosa dosa saya selama ini seikhlas ikhlasnya.

“Saya mohon keluarga dan sahabat sedekahkan saya surah Al-Fatihah semoga dengan khasiat surah dapat menyembuhkan saya dengan izin Allah SWT, Ameen3 Saya sayang anda semua,” kongsinya lagi.

Menerusi klip video yang dikongsikan itu, Maria turut dilihat mengalirkan air mata saat menaiki ambulans.

Menilihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Maria.

“It’s okay you will be fine,” kata Nad Zainal.

“Semoga Kak Maria cempat sembuh dan semuanya dipermudahkan buat kak Maria. InsyaAllah Aminn,” doa pengacara, Nurul Syuhada Nurul Ain.

“Syafakillah kak. Moga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” ujar pelakon dan juga penyanyi, Erra Fazira.

Beberapa hari lalu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Maria memaklumkan berkemungkinan besar dia dijangkiti Covid-19 daripada suaminya ketika berada di Ipoh, Perak.

Sumber: Instagram Maria Tunku Sabri

Published by
MH