Penyanyi Bad Indigo menolak dakwaan netizen yang mendakwa bekas isterinya yang juga penyanyi Ashira wajar dipersalahkan atas perpisahan yang berlaku, baru-baru ini.
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, bagaimanapun tidak beekongsi lanjut mengenai punca sebenar mereka membawa haluan masing-masing.
“Dia (Ashira) selalu ingin menolong masuk ke bilik air misalnya atau pergi hospital, tetapi saya yang tidak mahu. Saya mahu buat semua benda sendiri.
“Sebab sekiranya ditakdirkan perlu hidup sendirian, saya sudah biasa berdikari.
“Netizen biasalah, mereka akan membuat spekulasi kerana pengakhiran cerita kami tergantung… mungkin mereka mahukan jalan cerita yang berakhir dengan kontroversi,” katanya.
Berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya, Bad baru sahaja selamat menjalani pembedahan memotong jari kakinya akibat luka penyakit diabetes pada 23 Mac lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Kongsinya, selagi ada kudrat dia mahu menjalani kehidupan tanpa perlu bergantung kepada sesiapa.
“Saya kena kuatkan diri saya sebab itu saya tinggal berseorangan. Saya bukan tidak mahu terima bantuan, kalau ada saya terima. Tetapi kalau boleh buat sendiri, saya buat sendiri.
“Misalnya jika pergi ke hospital, saya akan naik Grab, tetapi kalau perlu tukar balutan, saya memandu sendiri,” katanya lagi.
Untuk rekod, Bad dan Ashira bercerai secara baik pada 23 Jun lalu. Pendedahan tersebut didedahkan mereka melalui sebuah perkongsian video yang dimuat naik di Instagram masing-masing.
Bad dan Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, mendirikan rumah tangga pada 11 Mac tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Bad Indigo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI