Penyanyi Ashira menjelaskan dia bukan terpaksa sebaliknya dia sendiri yang mahu bekerja.

Penjelasan tersebut dibuat Ashira,37, atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz menerusi kenyataan yang dimuat naik di Insta Stories semalam.

Ia dipercayai susulan tindakannya yang difahamkan telah bekerja dengan mengambil upah cuci pinggan serta ambil dan menghantar pesanan makanan di Puchong, Selangor.

Meski berterima kasih atas keprihatinan semua, penyanyi yang popular menerusi lagu Di Ombak Resah itu bagaimanapun memohon agar tidak lagi ‘menanda’ beberapa nama di media sosianya memandangkan dia masih boleh berusaha.

“Bad Tak Suruh Saya Kerja, Tidak Juga Menghalang, Semua Ni Saya Yang Nak Buat,” – Ashira Aziz Perjelas Kekeliruan

“Ok first saya tak terpaksa, tiada yang paksa. Saya yang nak kerja, ok?

Ads

“Second…boleh tak tolong jangan ‘tag-tag’ orang itu ini untuk beri bantuan kat saya? Saya tak memerlukan. Sungguh, saya sihat Iagi boleh usaha sendiri. Thank you atas keprihatinan korang. Tapi tolong saya ok?,” tulisnya.

Ashira pada masa sama menambah, apa yang dilakukan bukan disebabkan masalah kesihatan yang ditanggung suami, penyanyi Bad Indigo ketika ini. 

“Third. Jangan salah sangka atau mudah percaya dengan tajuk. Saya kerja bukan sebab Bad sakit, atau dia suruh, atau saya terpaksa.

Ads

“Bad tidak suruh saya kerja, tidak juga menghalang. Semua ni saya yang nak buat. Boring duduk rumah jer kena keluar jugak supaya minda sihat,” tulisnya.

“Bad Tak Suruh Saya Kerja, Tidak Juga Menghalang, Semua Ni Saya Yang Nak Buat,” – Ashira Aziz Perjelas Kekeliruan “Bad Tak Suruh Saya Kerja, Tidak Juga Menghalang, Semua Ni Saya Yang Nak Buat,” – Ashira Aziz Perjelas Kekeliruan

Malah, Ashira turut menjawab pertanyaan segelintir pihak berhubung ke mana duit yang diterima ketika menyertai program Gegar Vaganza (GV).

Ads

“Last… ada pulak yang tanya mana duit GV? Ok nak ingatkan saya nombor tujuh tau. Lepas tu GV dah setahun berlalu.

“Terima kasih semua yang mendoakan saya. Jangan risau saya ok. Semoga hari ni lebih baik dari semalam untuk anda semua dan semoga Allah permudahkan segala urusan korang, amin,” tulisnya lagi.

Terdahulu media melaporkan, Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, 46, berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes yang dialami.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI