“Bagai Nak Gugur Jantung Mummy Tengok,” – Nabila Huda Cuak Tengok Anak Buat Swab Test

Share

Terbaru, pelakon dan pengacara Nabila Huda ada berkongsi satu rakaman video ketika anak perempuannya, Keisha Laila menjalani ujian saringan Covid-19.

Kongsi Nabila atau lebih mesra dengan sapaan Abil meluahkan rasa gementar apabila melihat keadaan anaknya saat menjalani ujian saringan berkenaan.

“Sorry @lilkupukupu sebab kena go through semua ni. Bagai nak gugur jantung mummy tengok!

“Rasa nak cucuk kat hidung abang tu balik..haha! You’re always my one and only strong and brave babygirl.

“Thank you nanny @qasander tolong bawak keisha pergi swabtest!,” tulisnya.

Terdahulu, Abil telah disahkan positif Covid-19 pada 12 Mei lalu dan sedang menjalani ujian kuarantin di kediamannya.

Sekadar informasi, Abil telah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008, namun berpisah dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila, 8.

Selepas itu, Nabila berkahwin bersama Mohd Izwan pada Disember 2015.

Foto: Instagram Nabila Huda

Published by
Nazar Rafiqhi