Sehari lalu, pelakon jelita Fasha Sandha ada berkongsi momen bersama suami dan anak-anak ketika berada di UTC Pudu, Kuala Lumpur bagi membuka passport buat anak-anak.
Sambil merakamkan foto ‘wefie’, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
“Terima kasih Team Imigresen UTC Pudu yang memberi pertolongan dalam urusan pasport baru anak2,” tulisnya.
Bagaimanapun, posting terkininya di lokasi sama turut mengundang tanya tanya ramai pihak gara-gara kapsyen yang tulis.
“Berlima #InsyaAllah,” maklum Fasha sambil disusuli dengan ucapan tahniah dari peminat dan rakan selebriti lainnya.
Spekulasi mengenai kehamilan pelakon ini mulai diperkatakan ramai apabila beberapa foto yang dimuat naik Fasha di Instagram seperti jelas seperti menampakkan ‘baby bump’.
Fasha sebelum ini pernah mengalami keguguran, beberapa bulan selepas mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aidil Aziz pada 28 Mac lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha