Pelakon, Elfira Loy meluahkan rasa kegembiraan apabila anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf akan mencecah usia setahun pada bulan hadapan.
Dalam pada itu, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy kini sudah hampir setahun bergelar ibu mengakui perjalanan masa menunaikan tanggungjawab sebagai ibu berlalu sangat cepat dan pantas.
“Can you believe @muhamadrayyankhalafofficial is one next month ? sekejap je masa berlalu dah setahun dah jadi mak.
“Rasa macam semalam baru belajar nak burp kan anak, sekarang ni dia gigit gigit kita je,” tulis Elfira.
Bintang drama Kum Kum filem ini juga memberitahu menyayangi anak tunggalnya itu sehingga ke syurga.
“Thank you for making my journey as a mom begitu mudah & interesting.
“I can’t wait to explore soooo many things with you. Till jannah also okay my Khalaf.,” tulisnya.
Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019.
Selepas itu, Elfira selamat melahirkan Muhammad Ryan Khalaf pada 1 Oktober 2019.
Foto: Instagram Elfira Loy