Bagai Semalam Baru Dilahirkan, Nur Fatima Aisya Kini Genap Setahun Usianya – “Buah Hati Mommy & Daddy.”

Share

Permata hati kepada pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya meraikan ulang tahun kelahiran yang pertama.

Meski dilakukan secara kecil-kecilan, namun sambutannya terlihat meriah dengan dekorasi comel buat anak tersayang.

Menerusi laman sosial Instagram, Fazura dan Fattah sama-sama berkongsi momen sambutan hari lahir anak perempuannya itu.

“It’s been a busy 2 weeks. Syukur Alhamdulillah for Fatima’s small 1st birthday do that we hope she’ll remember. We love you with all our hearts and more sayang,” tulisnya pada ruangan kapsyen sambil susuli dengan kredit.

Malah, bintang filem J-Revolusi ini turut menitipkan doa moga Fatima membesar sebagai anak solehah.

“Semoga menjadi anak yang solehah sayang mommy and daddy.. InsyaAllah.. Aminnn,” doa Fazura.

“Buah hati Mommy & Daddy. Semoga membesar jadi anak yang baik, solehah, berjaya dunia dan akhirat. Amin ya rabbal alamin,” tulis Fattah pula.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat yang turut sama gembira melihat kebahagiaan mereka tidak ketinggalan memberikan ucapan yang baik-baik buat Fatima.

Untuk rekod, pasangan pelakon ini melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November 2017.

Foto: Instgram Fazura

Published by
MH