Hari ini genap 13 tahun usia perkahwinan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersama penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ada berkongsi beberapa foto sekitar majlisnya menerusi Instagram Siti, penyanyi lagu Anta Permana ini sempat menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat kerana tidak jemu mendoakan kebahagiaan mereka selama ini.

“Sambutan sederhana ulangtahun perkahwinan ke-13 saya dan suami, alhamdulillah.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami selama ini,” tulis bintang yang mesra disapa Tok Ti ini sambil disusuli dengan tanda palang #ctdk13.

IKLAN

Majlis ulang tahun yang disambut turut diraikan rakan selebriti seperti Syamel, Ernie Zakri dan Mark Adam selain jemputan lainnya.

Malah, Tok Ti turut dirakam menyanyikan beberapa buah lagu.

IKLAN

Serentak dengan perkongsian tersebut juga, para peminat turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan berkenaan.

Minggu lalu, mereka baru saja meraikan ulang tahun perkahwinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan Tun Siti Hasmah yang ke-63.

IKLAN

Imbas kembali, keduanya telah didijabkabul pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup, Tok Ti dan suami dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah Khalid yang dilahirkan pada 19 Mac 2018.

Selamat ulang tahun #ctdk13 buat Tok Ti sekeluarga dari MH. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah kami doakan.

Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI