Setiap insan bergelar ibu sudah pasti menyayangi anak dengan sepenuh hati dan begitulah yang dirasai pelakon Nora Danish.
Beberapa hari lalu, Nora Danish ada berkongsi gambar anak-anaknya yang terkini di laman Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, bintang drama bersiri Puteri itu telah menulis kapsyen ringkas tetapi sarat makna.
“My happiness #sons #neno’s #cintahatineno,” tulisnya.
Lalu, suami kepada pelakon berusia 37 tahun itu, Nedim Nazri atau sinonim dengan sapaan Bossned telah membalas di ruangan komen gambar tersebut.
“How about daddy ?,” balas Nedim.
Lantas, peminat berasa terhibur apabila melihat perbualan Nora bersama suaminya di media sosial.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Bagaimanapun Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.
Selepas itu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Foto : Instagram Nora Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI