Bintang versatil, Joey Daud terbuka sekiranya golongan pempengaruh (influencer) atau Youtuber diberi peluang berlakon oleh mana-mana produksi, namun biarlah mereka belajar dan bermula dari bawah.

Menurut Joey atau nama sebenarnya, Zulkifli Daud, 49, dia juga rasa kecewa apabila masih ada pihak yang memandang jumlah pengikut di media sosial sebagai kriteria utama untuk membintangi sesuatu naskhah drama atau filem.

“Sekarang ini pengikut di media sosial boleh dibeli dan cara ini secara tak langsung mengajar orang lain untuk menipu bagi menempatkan diri dalam dunia seni.

“Bagaimana nasib dengan pelakon ‘otai’ yang tidak memiliki media sosial? Saya pun kalau diikutkan baru saja wujudkan akaun Instagram. Saya harap sangat janganlah pelakon yang tiada pengikut, pihak produksi tidak mahu ambil berlakon sedangkan kita tahu kemampuan dia.

“Saya agak kecewa apabila perkara ini terjadi. Sebenarnya saya tak kisah jika ingin beri peluang kepada pempengaruh atau YouTuber untuk terjun dalam dunia seni, tapi janganlah terus diberikan watak penting sebaliknya mulakan dengan watak tambahan,” katanya.

“Bagaimana Nasib Pelakon ‘Otai’ Yang Tidak Memiliki Media Sosial?,” – Joey Daud“Bagaimana Nasib Pelakon ‘Otai’ Yang Tidak Memiliki Media Sosial?,” – Joey Daud

Ads

Joey berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Gadis Jolobu The Movie di Kuala Lumpur Jazz and Arts Centre, di sini, pada Isnin.

Filem kerjasama Zebra Studio Sdn Bd dan Tremendous Entertainment yang diarahkan oleh CL Hor itu memulakan penggambaran di Kampung Lonek, Negeri Sembilan, bermula semalam.

Selain Joey turut sama terlibat di dalam filem ini ialah Datuk Hattan, Khir Rahman, Nizam Laksamana dan Ahirine Ahirudin dan ramai lagi.

Jelas Joey lagi, dia juga pernah berdepan situasi pempengaruh yang menyusahkan pasukan produksi dan pelakon lain untuk menjalankan kerja di set penggambaran.

Ads

“Perkara ini terjadi sebab mereka ini tak faham bahasa kamera dan ia menyusahkan seluruh pasukan produksi dan pelakon. Tidak dinafikan selalu juga perkara sebegini terjadi.

“Setiap pelakon ada watak lain-lain, jadi kalau golongan ini asyik membuat kesilapan sudah tentulah mereka hilang sabar. Sebenarnya pengarah di set tiada masa nak ajar setiap pelakon untuk memahami watak yang dibawakan.

“Jadi sebelum masuk ke set fikir-fikirkan hal ini dan jangan sampai menyusahkan orang lain,” katanya lagi.

Ads

Terdahulu, Gadis Jolobu The Movie mengisahkan mengenai tiga bujang terlajak yang sangat rapat sejak kecil dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing di kampung halaman mereka.

Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain di fikiran membuatkan mereka berusaha untuk mencari jodoh mereka walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

Filem ini turut mengetengahkan beberapa elemen Adat Perpatih dan keunikan budaya Minangkabau di Negeri Sembilan.

“Bagaimana Nasib Pelakon ‘Otai’ Yang Tidak Memiliki Media Sosial?,” – Joey Daud“Bagaimana Nasib Pelakon ‘Otai’ Yang Tidak Memiliki Media Sosial?,” – Joey Daud

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI