Bintang media sosial, Syafiqah Aina akui rindu untuk kembali bekerja selepas melahirkan cahaya mata sulung pada 24 Jun lalu.

Kongsi usahawan itu bersama sepotong video yang dimuat naik, ia merakam momen sesi penggambaran di dalam sebuah tab mandi yang dipenuhi sabun.

Rindunya kerja & photoshoot dari pagi sampai ke tengah malam, shoot masuk hutan, tengah panas, bediri pakai heels berjam jam.

Masa buat modelling tu happy sangat bila clients puas hati dengan kerja kita,” tulisnya.

Malah, Aina amat menitikberatkan penjagaan masa kerana ia merupakan satu disiplin baginya.

Masa kerja dulu, Aina memang jaga kalau tentang masa sebab Aina paling tak suka orang menunggu Aina.

“Part buat kerja, Aina akan pastikan Aina bagi 130% effort supaya kerja semua orang jadi mudah.

“Bila dah ada business ni, disiplin & attitude tu masih lagi Aina cuba bawa. Dulu Aina memang akan jaga hati client, but now Aina always cuba untuk jaga hati customer & team AINAA pula,” kongsinya lagi.

View this post on Instagram

Rindunya kerja & photoshoot dari pagi sampai ke tengah malam, shoot masuk hutan, tengah panas, bediri pakai heels berjam jam. Masa buat modelling tu happy sangat bila clients puashati dengan kerja kita Masa kerja dulu, Aina memang jaga kalau tentang masa sebab Aina paling tksuka orang menunggu Aina. And part buat kerja, Aina akan pastikan Aina bagi 130% effort supaya kerja semua orang jadi mudah Bila dah ada business ni, disiplin & attitude tu masih lagi Aina cuba bawa. Dulu Aina memang akan jaga hati client, but now Aina always cuba untuk jaga hati customer & team AINAA pula So ni antara effort yang Aina cuba buat untuk you guys! Nak tau apa yg Aina nak buat and bagi ni, tunggu di Rancangan Meletop (26th NOV, Tues) ni & follow @ainaabeautyofficial

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on

Dalam perkembangan lain, Aina akan menjadi tetamu undangan dalam program MeleTOP pada 26 November ini.

Aina dan suami, Hafiz Mahamad berkahwin pada November 2017 dan dikurniakan seorang anak, Raisya Arisa pada 24 Jun lalu.

Foto : Instagram Hafiz Mahamad