“Bagi Family Kenyang Pun Tak Guna Kalau Haram,” – Scammer Skim Pelaburan Buat Cerita Haziq Nazli Sakit Teruk?

Share

Pelakon Eyra Hazali meluahkan rasa kesal selepas mengetahui ada pihak tidak bertanggungjwab telah menggunakan gambar keluarganya tanpa izin bagi mempromosikan sendiket penipuan pelaburan wang ringgit.

Menurut Eyra yang juga merupakan isteri kepada pemain bola sepak negara, Haziq Nazli, meskipun sudah ditegur, individu berkenaan dikatakan masih lagi berdegil dan berkeras tidak mahu memadam foto tersebut.

“Assalamualaikum semua. Eyra terima satu dm khamis lepas yang menyatakan ada satu account facebook telah menggunakan gambar keluarga Eyra serta caption yang palsu. Allahuakbar.

“Eyra dah pun contact orang tu (gambar 2 dan 3) untuk take down the post but dorang taknak percaya Eyra owner gambar tu. Katanya ada ahli dorang yang bagi, bila tanya taknak jawab and actually ada bukti lain yang dorang memang suka-suka saja amik gambar orang lain juga,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Eyra menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, pelakon drama Mr Grey ini turut mendedahkan dia telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

“Dorang pun taknak take down the post sebab ye la, ramai message kan so rasa marketing tu berjaya tapi tak! Even Eyra ugut nak buat report polis pun dia tak takut maybe seronok tengah pegang duit orang? But Eyra dah buat report semalam.

“Gambar ke 4 sampai habis tu conversation dengan orang lain and boleh pula dia cakap salah bagi? Dengan statement macam tu, pakai gambar my family, boleh salah bagi pula? Bila kantoi, terus dia block,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Eyra turut menyeru kepada netizen bagi membanjiri ruangan komen akaun berkenaan agar semua pihak tahu akan penipuan yang dijalankan oleh sendiket tersebut.

“Please sesiapa yang nampak post ni dekat facebook, please comment dekat situ ni semua menipu. Dalam acc facebook dia takda post ni but selalu keluar dekat timeline yang lain as sponsored.

“Kalau terdesak sangat cari duit, banyak lagi cara yang halal. Bagi family kenyang pun tak guna kalau haram, MasyaAllah. Tolong sebarkan ya,” akhirinya.

Sumber: Instagram Eyra Hazali

Published by
Aizam Manaf