Categories: Berita

“Bagi Satu Pelajaran Baru Kat Anak…,”- Peminat Puji Cara Yana Samsudin Ajar Anak

Share

Pelakon dan pengacara, Yana Samsuddin ada memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin dilihat telah mengajar anaknya, Aisy Mateen untuk belajar berjalan turun tangga sambil membawa barang.

“Kuliah dadi & Ustaz @aisymateen subuh hari… belajar turun tangga sambil bawa barang… @fadzilzahari.

“Selamat pagi cinta!!!. Jom bagi satu pelajaran baru kat anak kita awal pagi lagi ni! #MateenDanDadi #MateenDanMommy,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, peminat turut memuji cara pengacara berusia 35 tahun itu mendidik anaknya.

Untuk rekod, Yana berkahwin dengan adik kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil, iaitu Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015.

Selepas itu, bintang kelahiran Yong Peng, Johor ini telah bergelar ibu kepada Aisy Mateen pada 21 Julai 2016.

Foto: Instagram Yana Samsudin

Published by
Nazar Rafiqhi Zaberi