Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel baru-baru ini dikritik segelintir warganet yang menyifatkan dia seolah-olah terlalu memanjakan isteri juga pelakon, Wawa Zainal seperti dipaparkan menerusi perkongsian di Instagram.
Bagi Aeril, perkara tersebut adalah satu hal biasa sebagai suami isteri dan merupakan antara tip bahagia yang diamalkan dalam rumah tangga.
“Bagi saya, apa saya buat dengan isteri, kebanyakan orang di Malaysia buat perkara sama. Cuma kami artis, itu yang kadang-kadang nampak ia mungkin agak menonjol.
“Apabila ada yang tegur dan cakap jangan terlalu manjakan isteri, sudah tentu sebagai manusia yang ada hati dan perasaan akan berasa geram.
“Tapi bagi saya, apa ditonjolkan tak keterlaluan. Bukan terlalu tunjuk gaya hidup,” katanya.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu turut menambah, laman sosial Instagram adalah platform untuk berkongsi apa sahaja, selain menjadi arkib foto.
Ads
“Perkara itu macam biasalah, suami dengan isteri, main dengan anak, beli kek untuk isteri dan banyak lagi. Saya anggap IG ini macam album.
“Jadi, soal manjakan isteri, bagi saya ia biasa. Tapi kalau nak tahu, jika di rumah saya yang manja sebenarnya,” katanya lagi.
Aeril bagaimanapun menjelaskan, dia tidak boleh menghalang jika ada pihak yang memandang pesimis terhadap apa yang dilakukannya itu.
“Kalau ada orang bersangka buruk macam itu, saya tak boleh nak cakap apa. Kita baik macam mana sekali pun, tetap ada yang tak suka pada kita. Jadi, kita buat sajalah,” jelasnya lagi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Aeril menerusi syarikat produksi miliknya dan isteri, Respected Citizen Production Sdn Bhd kini muncul dengan naskhah sulung, Sabda Kekasih.
Filem berkenaan mulai ditayangkan bermula 24 Jun lalu di saluran Astro First 480.
Selain menjadi penerbit, Aeril juga berlakon di samping isteri, Wawa, Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Sharifah Husna.
Ads
Filem yang menelan kos kira-kira RM 1 juta arahan Azhari Zain itu menjalani penggambaran selama 10 hari di Bentong, Pahang dan Sendayan, Negeri Sembilan, tahun lalu.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Kuna Muzani syukur nikmat apabila anak gadisnya, Nur Elysha berjaya memperolehi keputusan yang baik dalam Sijil Peperiksaan Malaysia yang didudukinya.
Berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram, Kuna turut menitipkan doa yang baik-baik buat Elysha.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Tahniah @elyshamuzani4 dapat 6A. Umi doakn Elysha berjaya di dunia dan akhirat. Sentiasalah minta keredhan dari Allah ya.
“Lepas ni you akan bergelar pelajar bukan lagi murid sekolah hehehe. Buat yang terbaik ya. Thank you so much Elysha. Love you,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Tular di laman sosial seorang anggota polis sanggup turun ke dalam longkang besar semata-mata mahu menyelamatkan seekor anak anjing yang terjatuh.
Pada mulanya dia cuba menjinakkan si comel itu yang kelihatan agak ketakutan, dan akhirnya berjaya mendukung dan menyatukannya dengan keluarga.
Raja Ilya menyatakan rasa bangga dengan pengorbanan anggota polis tersebut dan berharap Malaysia dapat melahirkan lebih ramai insan yang berhati mulia.
“Apa Korang nak comment? Korang bangga Tak tengok Polis ? Salute you abg Polis .. seriously not many will take this effort to do this .. May this video make your day today and understand something. Hats off @pdrmsia_official ,Moga Negara kita melahirkan lebih banyak lagi insan sebegini … Moga Abg Polis ini Dilindungi dari segala musibah dan di Beri berkat selama .. Amin Amin amen … #stayhome #polismalaysia #polis #malaysia #lifestyleoflove,” kongsi Raja Ilya di laman Instagram miliknya.
Setelah terlibat dalam dunia lakonan lebih 20 tahun, pelakon Datin Danielle meluahkan rasa syukur apabila diiktiraf sebagai penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2019.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Besson berkata, dirinya berasa sangat bertuah kerana memiliki peminat yang sentiasa menyokong karier seninya.
“Alhamdulillah kepada semua peminat anugerah ini untuk anda kerana anda menyokong saya selama 20 tahun saya berada dalam industri jadi saya berasa sangat bertuah untuk berada disini.
“Saya sangat gembira apabila dapat anugerah Pelakon Wanita Filem Terbaik menerusi filem Gol & Gincu Volume 2. Sebenarnya filem ni saya berlakon untuk seronok-seronok sahaja, tak ada pun saya terfikir untuk menang anugerah ke apa.
Di samping itu, aktres berusia 27 tahun ini memberi pendapat bahawa setiap pelakon itu mempunya kelebihan yang tersendiri.
“Saya rasa pelakon lain bagus dengan cara yang mereka sendiri dan hanya kerana saya terpilih tak membuatkan saya lebih bagus dari mereka.
“Mungkin saya rasa watak dan karya itu mempunyai kelebihan tersendiri. Tapi macam mana pun, mereka yang lain juga sangat berbakat dan memberi sumbangan kepada industri kita,” katanya kepada MH.