Pelakon versatil, Fasha Sandha mengakui dia tidak mempunyai resipi kebahagiaan secara spesifik dalam melayari bahtera perkahwinan yang dibinanya bersama suami, aktor Aidil Aziz sejak tiga tahun lalu.
Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan berkata, dia dan suami lebih selesa menjalani rutin hidup secara sederhana sebagaimana kebanyakan suami isteri lain di luar sana.
Malah pasangan selebiriti ini juga percaya, bersederhana adalah kunci kepada keharmonian dalam hidup berumah tangga.
“Jujurnya, tiada ada-ada rahsia kehidupan harmoni yang kami jalani. Sama sahaja seperti pasangan lain. Cuma mungkin kami memilih untuk menerima kekurangan masing-masing selain hidup dalam serba sederhana sahaja.
“Bagi saya bersederhana itu penting kerana ia secara langsung akan membuatkan kita rasa bahagia. Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Syukur dengan apa yang dilalui,” katanya.
Ads
Ditanya sejauhmana keterujaannya dalam menonjolkan sisi kebahagiaan seisi keluarga di media sosial, bintang drama Scammer ini mengamalkan konsep tidak berlebihan terhadap perkongsian yang dibuat.
“Pada pendapat saya, kita boleh berkongsi tetapi sebaiknya tidak keterlaluan, sederhana. Dalam apa yang kita buat jangan berlebihan. Sebab saya percaya bila berlebihan itu, ada ketikanya ia boleh datangkan masalah balik kepada kita. Saya dan suami sangat bersederhana.
“Bagaimanapun, ia terpulang juga kepada individu. Bagi saya, itu adalah sosial media yang kita punya. Jadi sudah tentu kita ada hak untuk mencorakkannya. Sebagai contoh, kalau memilih untuk lebih privasi, kita boleh lakukan dan begitulah sebaliknya. Selebriti juga mempunyai hak terhadap sosial media masing-masing,” katanya.
Ads
Sementara itu, Fasha yang tersenarai dalam ‘top 5’ menerusi dua kategori di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME 2021) iaitu Pelakon MeleTOP (Sihir Pemisah) dan Couple MeleTOP di samping Aidil turut gembira atas pemilihan tersebut hasil undian peminat.
“Kami bersyukur apabila tercalon dalam senarai ‘top 20’. Namun tidak sangka pula apabila nama saya dan suami ada dalam ‘top 5’ pula. Sebab bila lihat senarai yang ada, tidak dinafikan semua nama yang tengah ‘in’, terkenal dan sebagainya.
Ads
“Saya juga terharu dan berterima kasih juga kepada Osman Ali yang beri kepercayaan pada saya untuk terlibat telefilem Sihir Pemisah. Dia beri ruang untuk saya mencorakkan watak tersebut sebagai pelakon utama. Dia juga tidak pandang pada rupa semata-mata kerana saya pada ketika itu baru sahaja bersalin, badan sedikit berisi.
“Malah lebih istimewa sebab ini kali pertama kali dicalonkan bersama-sama suami. Tak sangka sebab kita biasa-biasa sahaja. Apa pun inilah dinamakan rezeki untuk kami dan anak-anak,” katanya.
AME 2021 bakal bersiaran pada 30 Januari depan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria jam 9.00 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, Pencarian Dewi Remaja yang sudah pun sebati di dalam hati gadis remaja negara ini menjadi sebagai antara langkah mula kerjaya si gadis yang mahu ceburi dunia glamor.
Malah, legasi ulung Dewi Remaja yang dibawa sejak edisi pertamanya lebih 30 tahun lalu diketahui sebagai platform terbaik buat si gadis dalam merealisasikan cita-cita.
Menarik, Pencarian Dewi Remaja edisi terbaru kini diteruskan. Dibawakan oleh Majalah Remaja, Pencarian Dewi Remaja kali ini difahamkan telah menetapkan beberapa tarikh buat mereka yang mahu menghadiri uji bakat.
Nah, kami senaraikan butirannya!
UJIBAKAT DEWI REMAJA 2019
• Tarikh: 07, 08, 14 & 15 September
• Lokasi : Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam
• Masa : 9am – 4pm (kaunter ditutup) .
Syarat Penyertaan :
• Perempuan & bujang
• 18 – 24 tahun
• Warganegara Malaysia.
• Personaliti menarik.
• Wajib 1 naskah majalah REMAJA edisi Julai-September 2019.
(Naskah juga boleh didapati daripada kaunter pendaftaran pada tarikh ujibakat)
• Wajib 1 keping gambar berukuran 4R & 1 keping salinan kad pengenalan.
Pelakon Saharul Ridzwan memperkenalkan nama puterinya, Fateema Azzahra menerusi satu posting terkininya di Instgram.
Foto yang dirakam secara penuh wajah comel bayi perempuannya itu juga turut mendapat reaksi positif peminat pada ruangan komen.
“Assalamualaikum! Nama saya Fateema Azzahra. Puteri kesayangan Baba and Mummy. Semangat kan? Hehehe. Agak2 korang dah 1 bulan 16hari ni berapa berat dah Fateema?,” tulis Saharul.
Posting berkenaan telah pun mendapat tanda suka lebih 15,000 kali oleh wargamaya.
Tiket Konsert Dayang Dua Dekad yang bakal berlangsung 21 Julai depan di Istana Budaya dilaporkan sudah habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam.
Khabar tersebut disampaikan wakil pengurusan penyanyi berkenaan, Watie yang turut terkejut dan terharu atas sokongan peminat terhadap bintang kelahiran Sarawak itu.
“Pihak produksi konsert terkejut malah Dayang sendiri turut menyatakan rasa terharu dan gembira kerana sokongan dari semua pihak terhadapnya tidak pernah putus. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas sambutan di luar jangkaan.
“InsyaAllah Dayang akan cuba memberikan persembahan terbaik pada malam itu nanti, pohon semuanya dipermudahkan,” kongsinya mewakili team Dayang Dua Dekad.
Konsert eksklusif anjuran Shiraz Projects itu sebelum ini menawarkan tiket sebanyak 1,400 tiket bermula dari harga RM125 hingga RM695.
Sementara itu, Dayang Nurfaizah seperti yang dipetik Astro AWANI terkejut dengan sambutan peminat terhadap konsert solonya itu.
“Saya amat bersyukur dan gembira dengan sambutan yang diterima. Terima kasih kepada semua peminat-peminat yang sejak 20 tahun lalu kekal setia mendokong Dayang dalam industri ini.
“Dayang amat teruja menantikan malam tersebut dan akan memberikan yang terbaik kepada semua peminat-peminat,” katanya.
Bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-38 pada 20 Julai ini, Dayang menyifatkan konsert berkenaan sebagai sesuatu yang paling bermakna.
Dayang Nurfaizah turut mencipta sukses bersama Hael Husaini apabila lagu nyayian mereka berjudul Haram turut diangkat sebagai pemenang utama di Anugerah Juara Lagu ke-33 lalu.
Foto: Instagram Dayang Nurfaizah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.
Menurut Khiriah, babak...