Penyanyi dan penulis lagu, Yonnyboii mengakui berasa amat berbesar hati selepas berjaya melancarkan album penuh pertamanya yang berjudul Yonny (Duluxe Version).

Meskipun ada yang menganggap keputusannya untuk merakamkan album dikala musim pandemik ini adalah satu langkah yang kurang bijak, namun, Yonnyboii percaya tindakan melawan arus itu bukanlah satu kesalahan.

“Tak sangka sebenarnya dari album EP ke penuh ini, saya melancarkan di era pandemik. Bagi saya ia bukan satu kesalahan mandatori.

“Malah di saat ini muzik kekal jadi terapi buat kita semua. Ramai yang terus mendengar muzik, selain menonton pelbagai medium hiburan.

“Saya tak kisah melawan arus. Jika ada artis yang berkira-kira nak lancarkan album, kenapa tidak saya melakukannya. Saya selesa mencabar diri melawan arus kebiasaan.

“Selama ini pun saya sering dilihat ‘unik’. Sekurang kurangnya saya ada kenangan melancarkan album pada
waktu sebegini,” katanya kepada MH.

“Bagi Saya Ia Bukan Satu Kesalahan Mandatori,” – Lancar Album Penuh Masa Pandemik, Yonnyboii Tak Kesah Dilabel Melawan Arus “Bagi Saya Ia Bukan Satu Kesalahan Mandatori,” – Lancar Album Penuh Masa Pandemik, Yonnyboii Tak Kesah Dilabel Melawan Arus

Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH, baru-baru ini.

Walaupun terpaksa menunggu hampir tiga tahun bagi menyempurnakan buah tangannya itu, namun Yonnyboii menyifatkan penantian tersebut sememangnya amat berbaloi.

“Saya percaya penantian itu sangat berbaloi. Tak perlu tergesa gesa. Andai tiba waktunya, pasti kesempatan itu akan ‘mendarat’. Jujur sejak awalan fasa pembabitan seni lagi, saya mendambakan album penuh.

“Tapi saya ikut saja peredaran masa dan kesesuaian yang mana lagu single demi single dilancarkan. Itu juga ‘trend’ pemasaran yang diguna pakai syarikat rakaman,” jelasnya lagi.

“Bagi Saya Ia Bukan Satu Kesalahan Mandatori,” – Lancar Album Penuh Masa Pandemik, Yonnyboii Tak Kesah Dilabel Melawan Arus “Bagi Saya Ia Bukan Satu Kesalahan Mandatori,” – Lancar Album Penuh Masa Pandemik, Yonnyboii Tak Kesah Dilabel Melawan Arus

Dalam pada itu, penyanyi lagu, Salahku ini turut memasang impian untuk mengadakan konsert berskala besar bagi menghargai jasa para peminat yang selama ini telah menyokongnya tanpa rasa jemu.

“Kerinduan nak buat persembahan dengan khayalak ramai hingga kini terus membuak buak. Tapi semua itu masih samar dengan keadaan kes harian COVID-19 yang turun naik.

“Saya kena anggap rakam persembahan
di rumah atau secara virtual seperti membuat persembahan pentas.

“Begitu juga dengan impian mengadakan konsert yang belum menjadi kenyataan. Besar harapan saya agar keinginan itu direalisasikan.

“Malah, saya membayangkan konsert penuh intim itu ‘diiringi’ dengan peminat yang sama sama menyanyi setiap bait lirik lagu Yonnyboii,” akhirinya.

“Bagi Saya Ia Bukan Satu Kesalahan Mandatori,” – Lancar Album Penuh Masa Pandemik, Yonnyboii Tak Kesah Dilabel Melawan Arus

Yonny (Deluxe Version) bakal menghimpunkan sembilan karya dari EP terdahulu selain dua lagu baharu sebagai trek bonus iaitu Tak Sangka dan Angel.

Album penuh ini boleh mula didengari di kesemua pelantar penstriman digital mulai 8 Oktober 2021 jam 12 tengah malam.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI