Lagu Intan Payung yang dipersembahkan oleh Amsyar Leee dan Bunga Isme berjaya lolos sebagai antara 12 buah lagu yang bakal bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) tidak lama lagi.
Pengumuman tersebut diumumkan sejurus Saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang berlangsung kelmarin dan malam tadi.
Bagaimanapun, penyanyi asal lagu berkenaan bersama Bunga, Noraniza Idris tidak dapat beraksi di pentas separuh akhir berikutan mengerjakan umrah lalu ia digantikan penyanyi baharu, Amsyar Leee.
Bertemu penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Pop Tradisional itu di prapelancaran Festival Perkampungan Budaya Melayu No 1 Malaysia – Malay World Cultural Paradise E-Festour AKZ 5.0 di Shah Alam, sebelum ini, Noraniza atau lebih mesra dengan sapaan Kak Ani ada mengulas mengenai perkara itu.
Baginya, sekiranya lagu tersebut berjaya mara ke AJL36, ia adalah rezeki.
Ads
Malah dia terbuka sekiranya sesiapa yang dipilih menggantikannya untuk meneruskan tanggungjawab mempersembahkan lagu tersebut di malam kemuncak AJL36.
“Agak tidak adil untuk saya masuk (menyanyi di AJL36) secara tiba-tiba. Bagi saya jika penyanyi itu bagus dan boleh bawa lagu itu sampai ke Juara Lagu, rasanya biarlah mereka sahaja yang bertanding. Saya tiada masalah,” katanya.
Noraniza sebelum ini mengesahkan dia tidak dapat menyertai SFMM36 kerana berangkat ke Tanah Suci pada 21 Disember lalu.
Ads
Terdahulu, majlis pelancaran program yang diusahakannya itu disempurnakan Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim.
Ia dianjurkan bersempena Siri Jelajah Empayar Akar Kita Zapin Nusantara 2022.
Ads
Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Dikir Puteri itu berhasrat menghimpunkan artis Irama Malaysia di bawah satu payung iaitu Pertubuhan Industri Penerbitan dan Artis Rakaman Malaysia.
Menurut Noraniza, pertubuhan itu bukan sahaja berperanan memartabatkan lagu Irama Malaysia yang semakin dipinggirkan, malah menjaga kebajikan penggiat genre muzik itu.
Lagu Intan Payung dicipta Luca Sickta, Bunga dan Amzar Razqa, manakala lirik nukilan Bunga dan Siqma.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sekeping foto yang dikongsikan pelakon cantik, Izara Aishah menjadi perhatian netizen di Instagram.
Menerusi beberapa keping gambar yang dirakam secara ‘selfie’ itu, Izara dilihat tampil mengenakan tudung labuh dan jubah berlengan panjang dalam rona pastel.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata ini menutup ruangan komen di hantaran terkininya itu.
Lebih mencuri perhatian, pemilik nama lengkap Nik Izara Aishah Nik Izazurin juga telah memadamkan foto-foto lama yang tidak bertudung.
Sementara itu di dalam ruangan komen pada Instgaram Media Hiburan yang turut berkongsikan foto sama, peminat mulai memuji seterusnya mendoakan yang baik-baik buat pelakon Pilot Cafe itu.
Penyanyi Aina Abdul tampil membuat permohonan maaf kepada semua pihak termasuk peminatnya susulan penampilannya dalam sebuah majlis, baru-baru ini.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 29, menjelaskan stail hijab yang didakwa menyerupai rahib itu merupakan idea daripada dirinya sendiri dan pasukan pengurusannya yang berinspirasikan koleksi fesyen Mason Margiela 2022/Spring Summer.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Semalam itu menerusi Insta Stories, pada Sabtu.
“Assalamualaikum semua. Aina dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan penampilan Aina di PC ANWAA 2.0 (A Night With Aina Abdul) baru-baru ini.
“Namun Aina mengakui kekhilafan dan ia mendatangkan salah faham ramai pihak, jadi Aina ingin memohon maaf,” tulisnya.
Aina pada masa sama bagaimabapun akui akan lebih berhati-hati dalam berfesyen.
“Aina akan lebih berhati-hati dalam berfesyen selepas ini. Selamat berhujung minggu, semoga semuanya berada dalam rahmat Allah SWT,” tulisnya lagi.
Pada Khamis lalu, penampilan Aina pada sidang media Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 dikritik sesetengah netizen apabila ia dikatakan menyerupai biarawati gereja atau rahib.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lagenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei ada meluah beberapa hasrat bersempena dengan hari lahirnya yang ke-38.
Menurut Chong Wei, meski suasanya agak berbeza dek kerana penularan wabak Covid-19, dia tetap bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
“Birthday tahun ni agak special. Covid datang lagi. Travelling tak dapat. Badminton tak jadi. Party tak lepas. Air paip kering!
“Tapi mungkin sebab itulah minda tenang, dapat saya betol-betol ambil masa menghargai suara anak-anak ketawa. Senyuman isteri. Sembang nakal dengan Mak. Kebahagiaan hidup simple sebenarnya, kan?
“Hajat hari jadi Chong Wei tahun ni, semoga semua kawan-kawan sihat-sejahtera, bersabar dan berhappy-happy, bersama-sama kita kasi tewaskan Covid,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas pemain nombor satu dunia itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Chong Wei turut berharap agar krisis politik dan air yang melanda negara ketika ini dapat diselaikan dalam masa terdekat.
“Biar tamak sikit tahun special ni, semoga perkhimatan bekalan air negara ditingkatkan, dan kestabilan politik negara.
“Terima kasih kepada semua yg mendoakan sempena sambutan ulangtahun kelahiran,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat ikon sukan negara itu.
Sumber: Instagram Datuk Wira Lee Chong Wei
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia sukan dikejutkan dengan kematian tragis Sophie Hediger, atlet luncur papan salji Olimpik Switzerland yang terkorban akibat kejadian lungsur salji di Resort Arosa, Switzerland...