Hiburan

“Bagi Saya Masa..,” – Video Berebut Cium Hajar Aswad Kembali Tular, Undang Kritikan Antarabangsa. Hafiz Mahamad Mahu Bertanggungjawab

Share

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad tampil memberikan respon susulan videonya ketika ingin menyentuh Kaabah sewaktu menunaikan umrah sebelum ini kembali tular dan mendapat kritikan hebat daripada masyarakat dunia.

Menurut Hafiz, dia mahu bertanggungjawab terhadap isu ini kerana ia telah mengundang persepsi negatif terhadap Islam.

“Hari ini, ramai sahabat yang ambil tahu tentang ini. Terima kasih sahabat kerana maklumlan kepada saya.

“Ada yang nasihatkan saya untuk diam tapi saya nak bertanggungjawab kerana agama atas kenyataan dan persepsi daripada tweet ini,” tulisnya.

Kenyataan itu dikongsikan oleh Hafiz menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Bagaimanapun, Hafiz memaklumkan dia kini sedang memikirkan cara dan mendapatkan nasihat pakar untuk memperbetulkan semula keadaan disebabkan kekacauan ini.

“Bagi saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan daripada yang pakar supaya kesilapan lama tidak akan berulang.

“Doakan saya ada kemampuan untuk usahakan perkara ini. Terima kasih sahabat-sahabat yang baik atas kata-kata yang baik,” kongsinya lagi.

Terdahulu, seorang wanita menyifatkan tindakan Hafiz yang menggunakan fizikalnya untuk membawa isteri dan pekerjanya memegang hajarul aswad seakan keterlaluan selain menuduh wanita Islam tidak selamat ketika berada di Tanah Suci Mekah.

Perkara itu kemudiannya mengundang kembali kemarahan umat Islam di Malaysia terhadap usahawan dan personaliti media sosial berkenaan.

Pada Mac lalu, video Hafiz ketika di Tanah Suci itu pernah tular di media sosial dan mendapat kritikan daripada netizen.

Perbuatan tersebut ditegur oleh ramai agamawan termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menjelaskan, hukum mencium hajar aswad adalah haram sekiranya ia menyebabkan masalah dan membahayakan diri sendiri atau orang lain.

Kemudian, Hafiz tampil menerusi video dan mendedahkan bahawa, tujuan berkongsi video membantu beberapa wanita mencium hajar aswad hanyalah untuk kenangan bersama pasukannya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf