Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid meluahkan rasa terharu dan bangga terhadap suaminya, Raf Yaakob yang telah mengikuti sesi selama tiga hari demi mendekatkan diri dengan ilmu agama Islam.
Menurut Mawar, suaminya telah menjalani kelas agama tersebut bersama pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Dalam pada itu, Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shahputri Wan Rashid bersyukur kerana suaminya antara insan yang terpilih untuk mendekati Allah SWT.
Ads
“Bagusnya abang, i’m so proud of you and I alwaysss look up to you.
“Hari ni rasa sebak rasa Syukur terharu hubby Mawar keluar 3 hari menuntut ilmu agama Islam. Terima kasih ustaz @ebitlew sebab jemput suami Mawar ke tempat menuntut ilmu,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini turut mengenang perkongsian suami demi mahu yang terbaik buat mereka sekeluarga.
Ads
“Ingat lagi abg cakap ‘anything untuk menambah baikkan keluarga abang, anything untuk pahala dunia akhirat, abang akan pergi Anje, abang nak bimbing keluarga abang ke jalan Allah S.W.T.’
“Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana suami Mawar antara yang terpilih untuk lebih mendekatiMu & Rasulullah S.A.W. My Khalifa @rafyaakob. Love you so much, see you after tomorrow,” tulisnya.
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan dikurniakan sepasang permata hati iaitu Raden Muhammad Rafael, yang kini berusia 2 tahun dan Raden Seri Rossabella Cinta, 8 bulan.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Aliff Aziz menyifatkan komunikasi di antaranya bersama rakan artis, Sophia AlBarakbah, 29, menjadi antara faktor dalam mencipta keserasian di dalam menjayakan drama terbaharu, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Aliff, 31, berkata ia dilakukan demi memastikan masing-masing mempu membawakan watak dengan baik menerusi naskhah 28 episod yang adaptasi daripada novel karya Wawa Akil itu.
“Kita banyak berkomunikasi dari segi perbincangan watak. Daripada penggambaran pertama di set itu kita banyak berbincang macam mana nak cari ‘tune’ untuk jayakan watak masing-masing.
“Misalnya kita buat latihan untuk sesuatu babak dan cuba cantikkan lagi ikut kesesuaian, bersama pengarah. Kalau kata bagaimana nak bina ‘chemistry’, ia lebih kepada komunikasi.
“Apa yang terbaik untuk dilakukan demi memastikan karektor itu nampak ‘hidup’,” katanya kepada MH.
Aliff yang juga suami kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah itu berkata demikian pada Sidang Media Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah di Mutiara Damansara, pada Rabu.
Ditanya mengenai pengalamannya bergandingan buat kali pertama dengan bintang filem Mimaland itu, Aliff menjelaskan setakat ini semuanya berjalan dengan baik.
“Sekarang ini kita masih lagi berbaki dalam sebulan. Tapi sepanjang tempoh bekerjasama, dia tidak adalah menolak idea saya, pengarah dan sebagainya.
“Pengalaman berlakon daripada awal, its fine daripada segi sudut pekerjaaan. Cuma kebelakangan ini sajalah. Mungkin disebabkan apa yang berlaku sebagaimana yang kita semua tahu.
“Dekat situlah kita boleh nampak komunikasi itu berkurang. Tapi saya rasa tidak ada masalah sebab kita sedia maklum mengenai karektor masing-masing macam mana.
“Kita masih profesional untuk menghabiskan pekerjaan ini. Saya pun tidak tahu hari ini dia tidak hadir (sesi sidang media) memandangkan saya tidak datang dari set.
“Apa-apa yang berkaitan boleh tanyakan pada Sophia juga. Cuma bagi saya, tak adalah ‘pergaduhan’ daripada segi kita nak bekerjasama mengenai watak masing-masing. Itu tidak berlaku,” katanya yang turut akui Sophia memberikan komitmen baik.
Drama berkenaan akan mengisi slot Akasia TV3 bermula 6 Februari depan terbitan Nuansa Sdn Bhd yang diarahkan oleh Osman Ali.
Selain Aliff Aziz dan Sophia, turut sama terlibat di dalam drama ini termasuk Shah Iskandar, Jasmine Suraya, Zaki Azeman, Didi Astillah dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran, empat artis baharu naungan Indigital Music hadir dengan buah tangan terbaru khusus untuk semua pendengar.
Jika diamati bait lirik Sedar Ku bukan sahaja memberikan nasihat tetapi dalam masa yang sama mendekatkan diri dengan Tuhan seperti mana yang dituntut oleh-Nya.
Bagi Syahmi Irfan, Syafiq Naser, Aliff Iskandar dan Killa Driz, mesej yang dititipkan melalui lagu tersebut bukan sahaja membawa mereka terkenangkan kembali perjalanan hidup yang telah dilalui tetapi juga membuatkan sesiapa sahaja mahu menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa.
“Memang benar, perjalanan hidup kita berbeza dan apa yang dilalui juga tidak sama antara satu sama lain. Apabila membaca dan ‘menghadam’ sendiri kisah yang ditulis melalui lagu ini, membuatkan saya terfikir banyak perkara.
“Apa yang telah kita buat selama ini? Adakah cukup amalan dan kebaikan kita? Semua ini bermain di fikiran dan membuatkan saya perlu melakukan sesuatu sebelum terlambat,” kata Syafiq yang popular dengan lagu Lenggang.
Baginya juga, lirik yang ditulis oleh Iman Imran dan Killa Driz itu begitu menusuk hatinya dan pendapat itu turut dipersetujui oleh Syahmi Irfan yang menganggap Sedar Ku sebagai sebuah karya yang membawa sesiapa sahaja berfikir sejenak dengan perjalanan hidup sendiri.
Ditambah dengan kehadiran bulan Ramadan yang baru sahaja menjelma, lagu itu bagaikan memberikan kesedaran tetapi dalam masa yang sama ‘menyucikan’ jiwa untuk terus mendekatkan diri dengan Tuhan.
“Kita mungkin terlalu sibuk mengejar banyak perkara tetapi dalam masa yang sama terlupa dengan kekurangan dan kekhilafan yang dilakukan. Jadi dengan adanya ‘ingatan’ melalui lirik sebegini, ia dapat memberikan kesedaran kepada semua.
“Saya gembira dapat bersama-sama rakan yang lain menyanyikan lagu ini. Ini memang satu penghormatan besar untuk penyanyi baru seperti kami,” kata Syahmi yang pernah merakamkan lagu Mungkir bersama Aufahanie sebelum ini.
Sementara itu, Sedar Ku mengisahkan tentang nafsu, amarah dan noda yang biasanya bersembunyi di sebalik perkataan cinta. Segala-galanya ditolak ke tepi saat cinta menguasai hidup padahal kita perlu meletakkan cinta kepada Yang Maha Esa di hadapan berbading dengan perkara lain.
Lagu yang berentak balada diciptakan oleh Natasyah, Mazlan Setapa dan Hafiz Dot dilancarkan secara rasmi pada 9 April lalu di semua platform digital dan boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music.
Hakikat itu turut diakui oleh Aliff Iskandar yang popular dengan lagu Perit. Jelasnya, kehadiran bulan yang penuh dengan rahmat ini bukan sahaja perlu disyukuri oleh semua umat Islam tetapi dalam masa yang sama meninggalkan perkara yang kurang baik.
“Kita perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain memandangkan hidup ini terlalu singkat untuk terus berbuat dosa. Ingatan itu bukan sahaja melalui nasihat atau ceramah semata-mata sebaliknya boleh melalui apa sahaja medium termasuk lagu dan sebagainya.
“Sedarku banyak menitipkan nasihat dan ingatan. Ini sedikit sebanyak membuakan sesiapa sahaja terfikir dengan mesej yang disampaikan. Saya berharap semua yang mendengar dapat mengambil sesuatu daripada lirik yang hendak disampaikan,” kata penyanyi yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini lagi.
Manakala bagi Killa Driz pula, dia beruntung kerana dapat berganding bahu bersama dengan Iman Imran menghasilkan lirik untuk rap untuk lagu ini. Segalanya dicerna dengan mudah memandangkan asas utama lirik ini sudah dibuat terlebih dahulu oleh penulis berpengalam itu.
“Semua orang melakukan dosa dan semua orang juga akan menyesal dengan apa yang telah terjadi. Jadi berdasarkan pengalaman yang dilalui, saya tulis lirik dalam lagu ini.
“Harapnya semua orang dapat menerima mesej yang sama mahu berikan,” kata Killa Driz yang baru sahaja melancarkan lagu Siapa Tahu dan Kene Sidai.
Menariknya juga, Sedar Ku turut terpilih sebagai runut bunyi drama Bila Syaitan Berbisik yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula 12 April lalu pukul 11 malam di Astro Ria.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.