Permohonan ikat jamin anak sulung Shah Rukh Khan telah dinafikan oleh mahkamah Khas Mumbai hari ini. Aryan Khan yang kini ditahan di Penjara Arthur Road atas kesalahan penyalahgunaan dadah mungkin akan menyambut cuti umum Deepavali di sebalik tirai besi.
Ini kerana pihak mahkamah akan bercuti sepanjang awal November bagi sambutan perayaan terbesar yang disambut rakyat India itu.
Penolakan permohonan ikat jamin ini dilihat sebagai satu indikasi yang pihak berkuasa India mengambil serius hal tersebut dalam usaha mematahkan sindiket dadah yang berleluasa.
Walaupun begitu, peguam yang mewakili Aryan, Satish Maneshinde dan Amie Desai akan membawa permohonan ikat jamin tersebut ke Mahkamah Tinggi Mumbai. Kedua-dua mereka teguh dengan hujah yang tiada sebarang dadah berada dalam simpanan Aryan ketika serbuan dilakukan pihak Biro Kawalan Narkotik India (NCB) di atas kapal persiaran yang dinaiki jejaka berusia 23 tahun itu di pantai Mumbai.
Dalam satu dokumen yang dilaporkan oleh India Today, dinyatakan bahawa ini bukanlah kali pertama Aryan terlibat dengan penggunaan dadah terlarang.
“Ada banyak bukti dalam bentuk perbualan WhatsApp tertuduh no. 1 (Aryan Khan) dengan warga negara asing dan orang yang tidak dikenali yang berurusan dengan dadah. Terdapat rujukan dadah keras dan jumlah besar dalam perbualan WhatsApp yang tidak dapat digunakan untuk dimakan, dengan orang yang tidak dikenali yang disyaki menjadi sebahagian daripada sindiket dadah antarabangsa, “kata perintah mahkamah itu.
Anak bintang Bollywood terkenal ini ditangkap oleh pihak NCB pada 3 Oktober lalu bersama tujuh tertuduh yang lain.
Untuk pengetahuan para pembaca. Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri, berkahwin berlainan agama. Anak-anak mereka didedahkan dengan ajaran Islam dan Hindu serentak dan mereka menghormati serta menyambut perayaan kedua-dua agama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, isu buli diantara doktor senior dan doktor-doktor pelatih semakin hangat diperkatakan.
Malah, hal ini juga difahamkan telah sampai ke pengetahuan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin apabila beliau juga telah menubuhkan sebuah pasukan khas bebas untuk menyiasat kes kematian seorang doktor pelatih di Georgetown, Pulau Pinang.
Terbaru, suami kepada pelakon, Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari turut berkongsi pengalamannya saat bergelar doktor pelatih satu ketika dahulu.
Menurut Dr. Izzar, pengalaman bergelar doktor pelatih sememangnya merupakan fasa yang agak sukar untuk dilalui oleh setiap individu yang ingin bergelar doktor dan mereka juga tidak akan sanggup untuk menjalaninya sekali lagi.
“Masa saya HO dulu pernah saya kerja tanpa off day/ cuti selama empat bulan berturut-turut. Bila ada cuti pun hanya seminggu sekali sahaja dan hari cuti guna untuk tidur je.
“Dahlah saya kena jadi HO leader untuk 4 rotation dari total 6 rotation. Kenalah pula jaga/ menjawab untuk semua rakan-rakan HO bawah saya. Bertambahlah sibuk.
“Alhamdulillah saya dulu ada kawan-kawan HO yang saling memahami. Kebanyakan bos-bos pun sangat supportive. Matron, nurse dan MA pun senang nak kerja dengan diorang,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga pernah diminta untuk kembali bertugas secepat mungkin meskipun selepas dimasukkan ke wad akibat demam denggi.
“Boss/senior pembuli tu memang ada di mana-mana. Saya tengah MC masuk wad di hospital sebab denggi pun dia mesej suruh masuk kerja balik esok cepat-cepat.
“Ada juga tak kasi HO ambil cuti rehat lebih 2 hari berturut-turut. Kena tengking/maki tu biasalah tapi bukan semua macam itu.
Dikesempatan itu juga, Dr. Izzar turut menitipkan kata-kata semangat buat para doktor pelatih agar mereka dapat melalui fasa tersebut dengan jayanya.
“Saya berdoa agar kehidupan adik-adik HO sekarang dan yang akan baru berkhidmat tahun hadapan akan lebih baik. Diharapkan cabaran dan dugaan adik-adik akan menjadikan korang doktor-doktor yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
“InsyaAllah. Bersabarlah. Bila dah senior, jadilah Doktor yang baik.
“Kepada pembuli-pembuli fizikal, mental, seksual serta jalan raya di luar sana, berhentilah. Kalau taknak berhenti membuli juga, silalah meninggal (dibaca),” akhirinya.
Sekadar informasi, Dr. Izzar dan Ummi telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 23 Januari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Ayra Aneesah dan Aysha Arsyla.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Izzar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...