Pelakon Rita Rudaini sering mendapat perhatian daripada peminat terutamanya dalam soal mendidik anak-anak.
Terkini menerusi Instagram milik Rita, pelakon ini telah berkongsi momen di hari pertama mereka sekeluarga menjalani ibadah puasa.
Kongsi Rita, anak-anaknya ada membantu dia memasak untuk juadah berbuka.
“Sebulan kari ayam..kompom …. apron landeng dr @tengkurinanda,”tulisnya.
“Chef yg masak td,dia yg terlebih lapar …3x tambah….alhamdulillah,”tulisnya.
Lantas, perkongsian dari pelakon 43 tahun itu mendapat pujian daripada peminat.
Peminat memuji anak-anak Rita yang sangat ringan tulang untuk membantu ibunya di dapur.
Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun bercerai pada September 2013.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.
Foto : Instagram Rita Rudaini