Tidak dinafikan, sinaran bintang dua penyanyi popular iaitu Haqiem Rusli dan Afieq Shazwan cukup baik meski muncul penyanyi baharu yang silih berganti.
Tiada sebarang kunci kejayaan khusus dalam mencipta sukses, mereka bagaimanapun akui merendah diri dan mengenang jasa antara sikap yang dipraktikan sejak awal terbabit dalam dunia seni.
Malah, mereka juga sentiasa mengenang jasa stesen radio Suria FM yang disifatkan antara platform awal membantu karier nyanyian masing-masing.
Kedua-duanya senada, stesen berkenaan tanpa memandang nama dan status mereka yang masih hingusan di awal kemunculan, mengundang untuk menyanyi di konsert siri Jelajah Suria FM.
“Kalau tanya saya kenapa sentiasa sertai Jelajah Suria kerana saya kenang jasa mereka. Saya ingat lagi, ketika saya tidak dikenali mereka undang saya.
“Bukan sekali tapi banyak kali Suria FM berikan saya peluang untuk mempromosikan diri dan kerjaya seni saya sehingga hari ini,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi itu berkata, dia pasti akan menyertai jelajah berkenaan jika tidak bertembung dengan komitmen lain.
“Macam mana sibuk sekali pun saya akan cuba sertai sebab saya memang suka,” katanya.
Afieq turut bersetuju dan mengakui tidak jemu menyertai jelajah malah sanggup memandu jauh sendiri untuk memastikan dapat beraksi di pentas Jelajah Suria.
Tambah Afieq, stesen radio berkenaan banyak menyokong dan membantu graf kerjaya seninya sehingga ke hari ini.
“Saya memang nantikan untuk sertai jelajah ini kerana peluang berharga untuk bertemu peminat di serata negeri.
Ads
“Ini juga antara cara saya membalas jasa dan menyokong Suria FM. Saya juga berharap Suria terus memberikan peluang kepada bakat baharu untuk dikenali dan terlibat dalam siri jelajah mereka,” katanya.
Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid ketika mengulas mengenai perkara itu melahirkan rasa penghargaan dan berterima kasih dengan sokongan yang diberikan.
Ads
Dia berkata menjadi sebahagian dari konsert jejalah menyediakan pentas untuk bakat baharu diperkenalkan kepada khalayak.
“Memang setiap kali konsert siri jelajah kami, akan dimulakan dengan penyanyi baharu dan bakat yang masih segar untuk didedahkan kepada peminat.
“Peluang ini sangat relevan kerana mereka juga pelapis industri hiburan tanah air,” katanya.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Nadiya Nisaa yang memaklumkan sudah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya, 1 Januari lalu.
Aminah Rose diberi, bintang berkenaan turut menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan buat peminat dan keluarga atas doa serta zikir yang diberikan buatnya.
Pelakon filem Terbaik Dari Langit itu mengumumkan berita gembira itu menerusi Instagram, sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua & syukur di atas kebesaranNya saya selamat melahirkan cahayamata ketiga saya, Aminah Rose tanggal 1 Januari 2019 tempoh hari.
“Terima kasih & rasa dihargai sekali apabila sekalian keluarga ada bersama-sama disisi menanti kelahiran & tak putus-putus doa serta zikir untuk dipermudahkan segala urusan. You guys know how much I love you & cherish you.
“Apresiasi saya juga buat Doktor Asmah Yun & staf serta nurse di Hospital Pusrawi kerna menjaga saya & bayi sebaiknya. Semoga tugas murni kalian sentiasa mendapat berkah daripada Allah swt.
“Buat suami tercinta, terima kasih yang tak terhingga atas kesabaran & kasih yang tanpa batas. Saya beruntung sekali. Please spend more time dengan Omar. Dia tengah jealous dalam diam tu saya asyik dengan baby baru je,” tulisnya panjang lebar sambil mendoakan semuanya dipermudahkan.
Terdahulu, anak kedua yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika berusia sembilan bulan dalam kandungan.
Nadiya yang mendirikan rumah tangga bersama Saiful Razman Kasim dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Foto; Instagram Nadiya Nisaa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kedengaran kelakar dan pelik namun inilah yang dilakukan oleh penerbit muzik, Benny Blanco sebagai salah satu cara untuk menunjukkan rasa sayang kepada kekasihnya, Selena Gomez.
Mungkin pelik namun hasilnya cukup estetik. Benny mengambil inspirasi untuk mewarnakan kuku kakinya dari jenama jeruk timun kegemaran Selena iaitu Best Maid Pickles.
Dalam satu hantaran di InstaStory, Benny memperlihatkan kepada umum hasil pedicure yang dilukis tangan oleh perias kuku, Nailed By Tav.
Salah satu jari kakinya diwarnakan mengikut logo jenama jeruk timun asal Texas itu manakala kuku yang lain pula diwarnakan mengikut tekstur timun jeruk itu sendiri.
Sehingga kini hantaran gambar kuku kaki Benny di Instagram Nailed by Tav telah menerima lebih tiga ribu tanda suka dan warga net terhibur dengan ‘karya seni’ itu. Rata-rata memuji dedikasi Benny terhadap Selena.
Kecintaan Selena terhadap jeruk timun tersebut bukanlah rahsia, sebelum ini sempena Hari Valentine, Benny memasak kerepek jeruk timun khusus buat kekasihnya itu.
Imbas kembali, Benny dan Selena mula memadu cinta pada tahun 2023. Sebelum itu mereka terlebih dahulu kenal sebagai rakan sekerja apabila Benny bertindak sebagai penerbit kepada beberapa lagu hits Selena seperti Kill ‘Em With Kindness dan Same Old Love.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...