Sebagai tanda menghargai usaha para perkerja penghantar makanan dikala musim pendemik Covid-19 ini, penyanyi dan chef celebriti, Datuk Fazley Yaakob ada memperkenalkan inisiatifnya sendiri.

Menurut Fazley, para pekerja penghantar makanan diberi pilihan untuk memilih mana-mana ganjaran yang telah disediakan di restoran miliknya.

“Abang/adik Rider, jemputlah ambil 1 sampul sebagai tanda terima kasih. Duit tips atau voucher makan di Minangkapau

Ads

“Jaga keselamatan diri ok bila on the road! Terima kasih banyak sebab bersabung nyawa untuk bagi kitaorang semua makan

“Salam sayang, Dato’ Fazley Yaakob,” tulisnya.

Ads

Pengumuman tersebut dibuat penyanyi lagu Bila April itu menerusi sebuah video berdurasi 59 saat yang dikongsikan di akaun Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Fazley turut menitipkan pesan supaya mereka sentiasa menjaga keselamatan sewaktu menjalankan tugas.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang ditunjukkan oleh Fazley itu selain turut mendoakan semoga dia sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki.

Bagusnya! Hargai Rider Penghantar Makanan, Ini Inisiatif Datuk Fazley – “Duit Tips Atau Voucher Makan.” Bagusnya! Hargai Rider Penghantar Makanan, Ini Inisiatif Datuk Fazley – “Duit Tips Atau Voucher Makan.”

Sumber: Twitter Datuk Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI