Bahang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kian terasa dan sudah tentunya, calon-calon bagi kerusi setiap kawan mencuri tumpuan rakyat.
Ini termasuk perempuan kepada ahli politik terkenal, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, iaitu Nurul Izzah yang menjadi antara figura Muslimah yang cukup aktif berpolitik.
Tidak dinafikan sejak awal pembabitannya dalam arena politik hingga ke hari ini, Nurul Izzah dilihat masih kekal selesa dengan gaya sederhana dan tidak keterlaluan menerusi penampilan sopan seadanya.
Ads
Apa yang pasti, wanita ini tetap setia menggayakan tudung jenis bawal yang polos menerusi warna-warna pastel.
Ads
Malah menerusi perkongsian terkininya di Instagram, ibu kepada dua cahaya mata ini dilihat masih kekal dengan imej sama dalam menjalankan misi kempen bersempena dengan PRU15, Sabtu ini.
Ads
Terdahulu media melaporkan, Nurul Izzah mengakui kebanyakan gaya hijabnya telah ditata rias oleh adik perempuan, Nurul Nuha Anwar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz mendakwa dia terpaksa mendahulukan wang sendiri kira-kira RM90,000 bagi memastikan seramai 40 jemaah dapat menunaikan umrah, baru-baru ini.
Menurut Aaron, tindakan tersebut terpaksa diambil susulan agensi berkaitan didakwa ada berlaku kesilapan di dalam soal pengurusan, tetapi bukanlah penipuan.
“Ada juga yang kata kenapa saya senang-senang percayakan orang atau mudah-mudah bagi orang duit.
“Senang kata macam ni, kalau saya tidak keluarkan amaun wang tersebut, 40 jemaah akan tersangkut. Bila saya lihat gambar para jemaah yang merupakan pakcik dan makcik semua kan.
“Kalau saya tidak dahulukan duit saya untuk beli tiket kapal terbang, mereka tidak akan dapat pergi menunaikan umrah. Selebihnya saya tiada apa-apa yang nak cakap,” katanya.
Aaron berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis Raya Aidil-Fit-Rizz iQIYI 2025 di EQ Hotel, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Bukan Pasal ‘Scam’
Aaron turut memaklumkan, dia tidak mengambil tindakan lanjut setakat ini kerana pihak agensi berkenaan kini sedang melakukan pembayaran semula secara berperingkat.
“Bukan pasal ‘scam’ atau apa, mungkin ‘missed manage’ kerana umrah ini bukan perniagaan macam kita pergi London ke Paris… Untuk perjalanan umrah ini selalunya aliran tunainya tinggi.
“Kejadian itu berlaku satu bulan selepas saya tanda tangan kontrak, nasib baik saya tak terjebak lebih daripada itu.
“Mereka kini sedang membuat pembayaran semula secara berperingkat. Kalau saya ambil tindakan, syarikat tersebut akan ditutup.
“Kalau tutup, saya tidak akan dapat duit saya kembali. Syarikat itu juga ada ramai pekerja yang tidak bersalah dan akan tiada kerja nanti.
“Saya harap pihak berkuasa dapat wujudkan satu badan agar perkara seperti ini tidak berlaku,” katanya lagi.
Aaron turut menambah, dia juga tidak lagi bekerjasama dengan agensi berkenaan walaupun hubungan masih dalam keadaan baik.
“Saya sudah bekerjasama dengan syarikat tersebut lebih lapan tahun. Selama ini memang tiada masalah. Cuma kali ini saja.
“Saya masih bagi peluang dan hubungan kami masih okay tapi saya tidak lagi bekerja untuk mereka lagilah,” katanya lagi.
Jemaah Tak Tahu, Aaron Selesai Sendiri
Dalam pada itu, Aaron mengakui para jemaah tidak dimaklumkan mengenai isu yang berlaku dan segala urusan telah diselesaikan tanpa pengetahuan mereka.
“Segalanya sudah diselesaikan. Mereka tak tahu saya dahulukan duit sendiri. Baru hari ini saya buka cerita. Sebelum ini, saya tidak pernah bagitahu sesiapa,” katanya.
Terdahulu pada Mac, Aaron pernah meluahkan rasa kecewa dengan situasi yang menimpanya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Hafiz Suip meluah rasakan bersyukur di atas penghijrahan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah yang kini tampil dengan imej berhijab.
Berkongsikan perkara itu di laman Instagram, Hafiz, 32, berasa cukup teruja dengan perubahan yang dilakukan isterinya itu lebih-lebih lagi dalam bulan suci Ramadan.
“Ya Allah semangat gila aku nak selfie dengan bini aku ya Allah. Semoga hidayat ke seluruh alam. Amin Ya Rabbal Al-Amin. Beautiful @nureffyj,” tulis Hafiz.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat Hafiz memberikan sokongan dan berharap perubahan itu akan berterusan dan semoga isterinya sentiasa istiqamah.
“Alhamdulillah, barakallah semoga Hafiz dan keluarga sentiasa dalam redha Allah.
“Alhamdulillah sungguh cantik bidadari hafiz berhijab, semoga Allah sentiasa memberi rahmatNya kepada hafiz dan keluarga, amin.
“Subhanallah cantiknya… moga terus istiqamah dan jalan terus untuk menggapai redha Allah,” tulis netizen.
Penyanyi Lagu Cinta Kita itu mendirikan rumah tangga dengan Nureffy, 29, pada 14 Mei 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Riyadh Zafri, 5, dan Alkaf Zayne, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hafiz Suip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah tidak lagi bergelar penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni kini mengorak langkah baru dengan menjadi pengacara untuk program bual bicaraMalaysia Hari Ini (MHI), TV3.
Haziq memaklumkan hal tersebut menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
“New journey. 1 daripada 4. This is 1/4. My new family @mhi_tv3. MHI di MHI.
“Muhammad Haziq Irfan di Malaysia Hari Ini. Mmg lahir2 dah tahu buat MHI ek #mhitv3,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah kepada pengacara berusia 31 tahun itu.
Pada masa sama, peminat berharap semoga Haziq terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
“Wah tahniah,” tulis seorang netizen.
“Tahniah abg haziq, tak sabar nak tengok,” titip peminat.
“Wah congrats ziq, Semoga terus sukses,” tulis lagi netizen yang lain.
Sekadar informasi, Haziq telah tamat berkhidmat secara rasmi sebagai penyampai radio Hot FM, pada 10 Jun lalu selepas hampir 9 tahun bersama stesen radio berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Haziq Hussni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert solo penyanyi terkenal, Stacy, akhirnya diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media eksklusif yang berlangsung meriah di Sabah International Convention Centre (SICC), baru-baru...