Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau sinonim dengan panggilan Che Ta ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, Che Ta telah memberi nasihat dalam membina elemen harmoni bahagia dalam rumah tangga.
“Bahagia jangan di tayang, nanti orang dengki. Derita jangan dihebah nanti orang keji. Selamat malam semua.
“Nak p buat masak lemak sat beda breakfast pg besok sb qamai yg dok terliuq nk mkn masak lemak kobih,” tulisnya lagi.
Lalu menerusi ruangan komen, para peminat turut memberi pandangan.
Pelakon Kiah Pekasam ini mendirikan rumah tangga dengan Zain pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang anak Aaisyah Dhia Rana.
Menerusi perkahwinan terdahulu dengan seorang juruterbang pula, Che Ta mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Affendy dan Aniq Ezra.
Foto : Instagram Rozita Che Wan