Sedang kita bertungkus lumus untuk sentiasa memberikan yang terbaik buat anak-anak, pernahkah kita terfikir mengenai nasib para anak yatim terutamanya yang tinggal di pusat-pusat kebajikan?
Pernahkah kita bertanya adakah keperluan mereka mencukupi atau bila kali terakhir mereka merasai untuk memakai pakaian yang baru?
Sebagai golongan yang berkemampuan, tidak salah rasanya untuk kita berkongsi rezeki lebih-lebih lagi di zaman ekonomi yang serba mencabar ini.
Itulah yang cuba disampaikan oleh pelakon, Anzalna Nasir apabila dia ada berkongsi sebuah video memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikannya sewaktu menyantuni para penghuni Rumah Asnaf dan Anak Yatim Nur Qasih baru-baru ini.
Ads
Menurut Anzalna, dia berasa sangat teruja apabila berpeluang untuk menyumbang barangan seperti pakaian baru dan juga permainan buat anak-anak yatim di pusat kebajikan tersebut.
“Sejak kecil saya minat nak berlakon, malah kalau tahu mengenai Dewi Remaja dulu, saya sudah cuba sertainya.”
Demikian kata Pemenang Miss Intercontinental Malaysia 2017 dan Miss Supranational Malaysia 2018 yang kini mengorak langkah sebagai pelakon, Sanjna Suri apabila ditanya mengenai fokusnya kini terhadap dunia lakonan.
Menurut Sanjna yang mesra disapa Sanju, dia tidak menolak rezeki apabila berjaya mencipta sukses dalam ratu cantik, cuma fokus dan minatnya berbeza.
“Saya percaya ada platform yang bagus bila saya ceburi ratu cantik misalnya untuk terjun dalam dunia lakonan dan sebagainya.
“Sebelum ini keluarga agak skeptikal. Kalau boleh mereka mahu anaknya bekerja dalam bidang yang boleh menjanjikan kehidupan yang lebih stabil.
“Jadi bila tamat pengajian dalam bidang farmasi dan pernah bekerja di hospital, saya rasa inilah masa sesuai untuk saya terokai cabang baru. Sebab itulah saya pilih untuk sertai pertandingan ratu cantik.
“Kemudian saya cabar diri teruskan minat berlakon. Saya harap akan diberi peluang yang lebih besar dan mencabar. Saya pernah ikuti kelas lakonan kelolaan Ogy Ahmad Daud juga sebelum ini,” katanya kepada MH.
Mula menyertai dunia glamor sejak lima tahun lalu, Sanjna mendedahkan dia kini berlakon secara sepenuh masa.
“Saya sangat berdedikasi untuk mengasah bakat yang ada. Saya minta orang lain jangan pandang pada rupa atau kecantikan saya semata-mata, saya mahu belajar dalam industri lakonan.
“Tidak dinafikan saya dikenali sebagai ratu cantik dan model yang boleh berlakon. Namun saya sebolehnya tak mahu dikenali dengan gelaran terbabit kerana ia sudah berlalu. Saya kini fokus nak berlakon sebab itulah minat sebenar,” katanya lagi.
Tidak mahu statik dengan satu watak, Sanjna terbuka untuk menerima apa sahaja peranan yang dirasakan mampu memberikan impak dalam profil seni baharunya ini.
“Saya mula berlakon sejak 2018. Untuk industri hiburan Melayu, saya bermula sebagai watak sampingan dalam naskhah Pengantin Satu Malam di samping Amelia Henderson dan Nazim Othman.
“Sangat susah nak ‘menembus’ dunia hiburan tempatan kerana saya bukan Melayu. Saya selalu dapat watak bukan Melayu, watak wanita India atau wanita berdarah campuran.
“Saya nak pecahkan stereotaip terbabit kerana benar-benar berminat nak berada di pasaran arus perdana. Saya tak kisah cerita itu memerlukan saya memakai tudung, melakonkan babak aksi atau karakter tomboy sekali pun.
“Saya 100 peratus terbuka menerima watak wanita muslim juga. Jujurnya saya menghormati semua agama dan budaya di negara ini dan saya pun memang membesar dalam kalangan golongan yang pelbagai. Kawan-kawan saya pun ramai Melayu.
“Apa pun saya maklum, sebagai pendatang baharu, tak boleh terlalu memilih cuma saya harap tawaran yang datang boleh memberikan kelainan. Memang sudah tiba masa untuk saya fokus dan serius,” katanya.
Dalam perkembangan lain, filem lakonan Sanjna, Mundey Kampung Dey kini ditayangkan di pawagam bermula 15 Disember lalu.
Filem yang mendapat dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ini diarahkan oleh Mansher Singh.
“Saya memegang watak heroin bernama Keeran. Apa yang menariknya, filem ini merupakan naskhah Punjabi tempatan pertama yang dihasilkan di Malaysia. Tambahan pula saya baru dua tiga tahun aktif dalam dunia lakonan.
“Jadi pada awalnya memang rasa takut juga nak menantikan apa reaksi penonton. Cuma sejurus previu tempoh hari, saya terharu bila mana ramai yang berikan reaksi baik. Tak sangka lakonan saya mendapat respons positif media dari Pakistan. Mereka menggemari keserasian saya dan hero, Anwaar Beg Moghal.
“Saya teruja kerana filem ini juga berada dalam fasa perbincangan untuk ditayangkan di Pakistan. Saya berharap peminat dapat menyokong karya ini dengan menonton di pawagam,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher tampil menjelaskan kekeliruan di kalangan netizen berhubung video perbandingan saiz perut individu berbadan kurus yang berpenyakit dengan individu berbadan gempal yang kurang komplikasi.
Menurut Dr Mustafa atau sinonim dengan sapaan Pak Long, saiz kantung perut tidak boleh diukur dengan saiz fizikal seseorang.
Ehh ingat kalau korang kurus sihat sangat ke? Tengok ni ada yang kurus badan, tapi perut dia besar lepas tu macam2 sakit ada.
“Salam semua. Pak Long terkejut juga bila Assistant Pak Long @rafeahariffin inform video Pak Long jadi viral kat Twitter.
“Ramai yang tak puas hati cakap tiga-tiga perut tu perut besar, atas 100kg, kena kecam sebab semua perut tu perut orang yang obes. Tapi ada juga yang sokong, ada jugak yg samakan perut dgn makanan viral tong mo tu, macam-macam netizen ni.
“Biar Pak Long explain. Ada yg tanya kenapa tiga-tiga perut tu nampak mcm sama je. Apa yang Pak Long tunjuk adalah contoh. Actually, kalau tgk secara dekat, perut yang 101kg bersaiz lebih besar.
“Realitinya pula skrg, ada yg berat badan cuma 60 atau 70 kg tapi kantung perut tu lagi besar dari org berat 100 kg. Bahaya tu!
“Selalunya kita ambil kira kombinasi berat badan & ketinggian (BMI). Bacaan BMI mempengaruhi ye. kiraan dari segi BMI, mengukur tinggi dan berat, paling ringan itu secara luaran nampak kecik mungkin kerana dia sgt tinggi orangnya,” jelasnya.
Dr Mustafa pada masa sama turut mendedahkan, saiz perut tidak boleh diukur secara fizikal melainkan melalui kaedah pembedahan.
“Ada juga yg tanya, kenapa ada yg makan banyak, tapi kenapa berat badan masih maintain tak naik. Perkara Ini dipengaruhi dengan cara makan, waktu makan, jenis makanan, lifestyle, dan banyak faktor sebenarnya.
“Kemudian ada yg tanya mcm mana nak ukur perut sebenarnya. Mmg tak boleh nak ukur perut secara fizikal. Cara seperti X-ray or CT scan boleh tengok size tapi hanya agak2 sahaja, the actual size tu tak dapat diketahui. Hanya ketika pembedahan, barulah dapat tahu, ketika itu akan dilakukan measurement.
“Harap jawapan Pak Long dpt membantu mereka yg tak faham. Jadi, cost pembedahan bukan tertakluk kepada berat badan seseorang. Kurus ke plus size ke, semua kena check dulu dan Pak Long charge pun package price tak pakai timbang kati ya,” tulis Dr Mustafa yang pernah membuat rawatan bariatrik kepada pelawak Angah Raja Lawak dan penyanyi Aisyah.
Mula mencorakkan kerjaya ke arah yang lebih serius, pelakon cantik Reen Rahim menegaskan tiada lagi soal yang boleh dianggap sebagai ‘hanky panky’ daripadanya selepas ini.
Malah, soal peribadi seeloknya mahu disimpan rapi daripada ‘menjajanya’ di laman sosial.
Bintang yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti, Pilih Kasih ini bagaimanapun akui kini sedang nanti masa sesuai untuk bergelar isteri.
“Saya menunggu masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga, namun buat masa ini belum lagi. Saya tidak sorok dan tidak menunjukkan siapakah bakal suami, namun saya memang tidak mahu menayangkannya di khalayak umum.
“Jika ada yang kata tidak tayang sebab bimbang dirampas, prinsip saya mudah, ada jodoh tidak ke mana,” katanya kepada media selepas Malam Gala dan Tayangan Perdana KL Vampires, pada Khamis.
Selain Reen, filem KL Vampires turut didukung barisan bintang terkenal lain, antaranya Aeril Zafrel, Raja Ilya, Saiful Apek dan Donny Alamsyah. Filem aksi ini bakal memulakan tayangan pada 14 November ini di pawagam seluruh negara.
Pada masa sama, Reen turut diminta mengulas isu selebriti yang gemar berkongsi kisah cinta di laman sosial, jelasnya itu hak individu.
“Itu hak individu untuk berkongsi kisah cinta mereka. Namun bagi saya, media sosial saya hanyalah untuk kerjaya sahaja, bukan melibatkan personal.
“Saya sudah mula menjaga media sosial supaya tiada perkara tidak sepatutnya dikongsi,” jelasnya optimis.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!